Ramai atau Mamai?

Posted: April 11, 2008 in Life is Real

Memetik satu petikan berita dalam sebuah berita tempatan pada hari ini..

10,000 jutawan Muslim


Menteri Britain dedah pencapaian pengikut Islam ketika lawat Pakistan

LONDON: Menteri Dalam Negeri Britain Jacqui Smith berkata bilangan penduduk Muslim di negara itu kini meningkat kepada dua juta termasuk 10,000 daripadanya yang sudah pun bergelar jutawan.

Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, angka terbaru itu menunjukkan bilangan penduduk Islam di Britain meningkat seramai 400,000 orang sejak bancian terakhir pada 2001.

Jumlah itu bersamaan pertambahan 50,000 orang penduduk Muslim setiap tahun selepas tarikh bancian berkenaan.

“Selepas agama Kristian, Islam adalah agama terbesar kedua di Britain. Seramai 1.6 juta mengakui diri mereka sebagai umat Islam dalam bancian 2001 dan angka itu mungkin sudah pun mencecah dua juta orang sekarang. Islam adalah antara agama paling banyak dianuti di kalangan masyarakat Britain,” katanya dalam pertemuan dengan Majlis Seni dan Budaya Kebangsaan Pakistan.

Sumber: Berita Harian 10/04/08

Pasti ramai yang memandang pampangan akhbar sebegini dari kaca mata normal seorang manusia sebagai suatu kekuatan kerana jumlah kita, umat islam yang ramai bererti kuat. Namun, dapatkah kita ambil pendapat itu sedangkan yang kuat pada hari ini bukanlah golongan yang dikatakan ramai ini? Bahkan golongan yang memegang tampuk pemerintahan adalah golongan minority. Dan jika benar ramai itu kuat, mengapa hari ini kita diperkotak-katikkan seperti seekor ayam yang hanya menunggu masanya untuk disembelih?

Jadi, kalau begitu, marilah kita tukar pendapat itu dengan mengatakan sedikit itu kuat. Benarkah? Jika sedikit itu kuat, mengapa mematahkan lidi yang sebatang itu lebih mudah berbanding lidi yang banyak? Aiyoo, mana satu yang betul ni.

Seperti kata ahli nujum dalam cerita Nujum Pak Belalang, jadi, di mana letaknya kekuatan itu? Pada banyak nya kah? Atau pada sikit nya kah?

Mari sama-sama kita back to the future sekejap, menyusuri sebuah kisah agung sejarah Islam yang terletak beberapa kilometer dari mekah, iaitu medan jihad Badar. Suatu pertempuran yang hanya melibatkan 313 tentera muslim dan lebih seribu golongan musyrikin mekah. Akal dan logik pasti mengatakan umat islam akan tewas, tapi, benda logik bukanlah semestinya benar. Hakikatnya, kemenangan Islam yang pertama dalam peperangan yang pertama dalam sejarah Islam ini mengajar kita bahawa lemah atau kuat itu bukan kayu ukur kemenangan, tapi natijah kejayaan terletak pada tinggi nya kualiti insan tersebut. Manakala kualiti itu pula bukannya pada kualiti jasadi, tapi, tentunya pada kualiti nurani.

Dimanakah kita pada hari ini? Adakah kita ini berkualiti? Ataupun kita hanya simpan dan sematkan kualiti itu di dalam hati dan sambil itu hanya mengambil kuanti-kuantiti harta dunia yang pastinya tidak dapat kita bawa sewaktu nyawa dicabut oleh Malaikat Maut.

Dalam hadis dari Tsauban r.a. maula Rasulullah s.a.w. ketika beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. “
Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?”
Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. “
Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu?
Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. “

[HR Abu Dawud].

Hakikatnya, kita sebenarnya masih lagi mamai dan leka. Mamai dengan boneka-boneka barat, mamai dengan propaganda-propaganda yahudi, mamai dengan umpan-umpan iblis, serta mamai dengan tarikan nafsu. Masih tidak nampak jalan yang harus dilalui, sama ada kanan atau kiri. Ketika insan muslim lain sudah mula mengorak langkah mendalami agama, masih ramai yang terkial-kial membaca alif ba taa. Ketika saudara islam yang lain sibuk memperjuangkan agama, tapi masih ramai lagi remaja islam yang lain lena dibuai mimpi indah hingga terlupa bahawa diri mereka lah yang menghancurkan agama. Dimana kita?

Di mana kita? Persoalan yang pasti ada jawapan di hati masing-masing. Orakkan langkah kita hari ini, mulai jam ini dan mulai saat ini untuk kita mula berubah. Jika bukan kita, siapa? Jika bukan sekarang, bila? Memang pepatah mengatakan “Rom bukan dibina hanya dalam sehari”, tapi sejarah membuktikan bahawa Rom itu dikalahkan oleh golongan yang punya kualiti dalam diri yang juga Rasullulah tidak bina hanya dalam sehari, bahkan melebihi umur baginda itu sendiri. Jika kita sendiri tidak memecahkan ruyung manakan dapat rasa sagunya, dan jika kita sendiri tak membukakan payung, pasti kan kena basahnya.

Kesimpulannya, umat islam hari ini ramai tapi sedikit. Kita memang ramai tapi, kita sebenarnya masih lagi mengumpulkan angka-angka kosong, kalau ditambah, masih lagi kosong, kalau didarab, tetap kosong. Sambil baring, muhasabah diri. Semoga kualiti islam diri kita termasuk di dalam “standard sirim” Allah s.w.t.

D`luffy..

Comments
  1. Ummu Fida' says:

    herm….
    sgt bagus ape yg dinukilkan oleh akh..

    sejarah telah byk membuktikannya.

    sahabat2 Rasulallah yg ditarbiyah di madrasah AlArqam bin AlArqam, bilangan yg sedikit, tetapi mereka lah yg tetap thabat dlm segala keadaan+kesulitan, eg. dlm Perang Hunain+pemboikotan Bani Hasyim.
    Juga sahabat2 yg ditarbiyah di sana yg telah membuka banyak negara Islam yg baru walaupun Nabi tidak sempat melihatnya.

    Itulah motivasi bagi kita sekarang.. Be soleh, n musleh. Jalan ini panjang, jgn patah semangat, kuatkan diri dgn segala bekalan, mantapkan iman, gandakan usaha da’wa. mungkin tak nampak hasilnya sekarang, mungkin bukan sekarang kita menang, mungkin anak2 cucu kita yg akan merasanya, tetapi berkat hasil tarbiyah kita kepada mereka pada hari ini.. yg penting, kita tetap perlu terus USAHA. Imma sa’adah wa imma syahadah.

    tadabbur surah AlBaqarah, ayat 249. (falamma fashola toluutu…………. kam min fiatinn qolilatin ghalabat fiatann kathiratan bi iznillah wallahu ma’ashobireen)

    wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s