Membina istana, kemudian meruntuhkannya?

Posted: April 11, 2008 in Life is Real

Saudaraku yang dikasihi,

Bayangkan bahawa saudara sedang membina sebuah Istana yang akan saudara tingal di dalamnya buat selama-lamanya. Segala keringat dicurah, segala harta dikorban, semua menjadi saksi kesungguhan saudara dalam membinanya. Tiba-tiba dengan mudah, Istana yang separa siap itu dirobohkan oleh tangan saudara sendiri. Kemudian dibaiki, dibina semula dan dirobohkan sekali lagi. Begitulah pusingan yang pelik yang saudara lakukan. Pusingan yang sia-sia dan merugikan pastinya.

Begitulah pusingan pahala-dosa yang kita lakukan setiap hari barangkali. Amalan soleh kita mengukir harapan untuk berada di dalam syurga Allah yang penuh kenikmatan. Di dalam Istana syurga berehat dan bersyukur. Tiba-tiba harapan tadi dimusnahkan oleh dosa yang bertimbun-timbun. Seakan-akan menutup harapan ke syurga. Kelam jalan tadi. Hilang sinarnya. Babak-babak kenikmatan berganti seksa. Ya Allah, kepadaMu hamba lemah ini berlindung.

Besarkan saudaraku, peranan pahala dan dosa dalam kehidupan kita?

1. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Zalzalah; 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

2. Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.

3. Berkata Syaikhuna Al-Imam Al-Ghazali (Minhajul ‘Abidin); amalan fardhu itu hadiah, dosa itu hutang. Bagaimana akan diterima hadiah jika hutang belum dilangsaikan.

4. Berkata Ustaz Amru Khalid (Kesan Dosa dan Ma’siat); segala kehinaan yang melanda umat adalah kesan dosa.

3. Berkata Anda?

Begitulah keadaan seorang muslim yang turun dan naik imannya..

{Ketika Iman Saudara Naik} Qiyamullail, solat subuh di masjid, tilawah al-quran 1 juz sehari, sedekah, puasa, sabar, berkata benar, solat jemaah di masjid, sentiasa tersenyum, baik sangka dan sebagainya.

{Ketika Iman Saudara Turun} Bangun lewat, terlewat@terlepas solat subuh, al-quran tidak disentuh, terasa kikir untuk memberi walau sedikit, baran dan pemarah, solat lewat dan sendirian, masam muka yang menjelikkan, buruk sangka dan sebagainya.

Saksikanlah saudara betapa kekuatan iman memberi kesan dalam diri kita. Tanpa kita sedari, segalanya kembali kepada iman.

Comments
  1. abudi says:

    insaf2, terase diri ini lemah!

  2. Ana says:

    isk..isk..

    ” Ya Allah, lembutkanlah hati2 kami untuk mentaatiMu, RasulMu, dan pemimpin2 kami yg bertaqwa..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s