Archive for April, 2008

Islam Dihina Di Malaysia

Posted: April 29, 2008 in Life is Real

Terkejut ana pagi tadi bila bukak jer email, terpamapang satu email yang menarik perhatian.. tajuk email tuh lebih kurang macam ni la

[Fw: Fw: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA..tolong baca dengan penuh pengertian..]

so, bila ana start jer baca, memang tertarik la dengan isi yang dibentangkan. Sebelum ni, dapat jugak email yang mengatakan Mufti perak bagi surat kepada yang Sultan Perak.. Memang banyak permainan dimainkan kepada umat Islam di malaysia sejak akhir-akhir ni..

Tak nak crita panjang la, Just nak crita dalam ni, korang tau x aper itu IFC? macam nama kelab bola ada la jugak, tapi, malangnya, kepada peminat-peminat bola, ni bukan kelab bola, tapi kelab yang memperjuangkan nasib orang bukan islam di malaysia. Diulangi, BUKAN KELAB BOLA.. Mungkin pernah dengar kan tentang nasib Lina Joy dan memorandum yang depa ni antar kat Pak Lah supaya memansuhkan beberapa benda yang ada kaitan dengan Islam daripada Perlembagaan?

Kalo nak tau, teruskan membaca bawah ni ana masukkan beberpa perkara tuh :

(more…)

d’monster inc®!

Posted: April 28, 2008 in Da'wah Kreatif

huhu, nak kongsi tentang syarikat ni..

jom kite dengar director company ni bagi diorang nye manifesto;

k, ni antara diorang nye aim n lihatlah product diorang ni;

(more…)

“Pijat” Hunters

Posted: April 27, 2008 in Life is Real

VS

Bangun pagi, gosok gigi, garu tangan, garu kaki… Pagi ini, aku digigit lagi, tensen betul. Jadi aku buat kajian sendiri la. Sememangnya, benda-benda ini adalah gejala-gejala baru yang berlaku ketika musim panas di mesir.. Semua ni disebabkan serangan dracula kecik yang bernama pijat… Daripada lelaki yang berkulit kasar seperti buaya hinggalah insan perempuan yang kulitnya selembut sotong, semuanya menjadi mangsa gigitan serangga pemusnah ini.. Mari berkenalan..

Mari kenal apa itu pijat?

Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahas asaintifiknya, Cimex. Ianya adalah haiwan bertelor. Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, check la wikipedia.. Pastu, pijat ni ada macam-macam kaler kalo tak penah tengok lagi, ada gambar kat bawah ni..

(more…)

Siapakah…

Posted: April 25, 2008 in Da'wah Kreatif, Kongsi Untuk Amal

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna ilaihi raji’uun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

(more…)

Kecik-kecik Bara Api…

Posted: April 25, 2008 in Kongsi Untuk Amal

gambar hiasan

“Mak, dosa kecil tu bahaya ke mak?” tanya adik kecil kepada mak. (setelah ditranslatekan kepada bahasa melayu standard.. hehe)

“Dosa kecil? bahaya sangat ke?” mungkin itu kata-kata hati seorang anak kecil yang mungkin kerana akalnya juga kecil.

Namun, seorang muslim tidak boleh memandang enteng terhadap bahaya dosa kecil. Rasulullah SAW berkata kepada A`ishah, “Wahai A`ishah, berwaspadalah terhadap dosa kecil.” (Ibnu Majah)

Mungkin ramai nak tergelak bila dengar dosa kecil. Mungkin sebab dah terbiasa cakap dalam hati” dosa kecik jer pun”. Memang, selalunya dosa kecil merupakan sesuatu yang manusia rasakan tidak penting ke atas dirinya untuk dihukum, tetapi, sedar atau tidak sekiranya dosa-dosa itu dilakukan dengan banyak, ianya boleh menghancurkan hati insan bernama manusia itu sendiri.

(more…)

Kau kekasihku!

Posted: April 24, 2008 in sastera

“Ya Allah, kerna Kau terlalu sayangkanku… aku ingin mencari cinta-Mu… moga Kau sudi menjadi kekasihku”, amin..

Kau kekasihku
terlalu sempurna
cantik tak terperi
bijak mengalahkan ulama
kaya lebih daripada raja

Kau kekasihku
tiada tolok bandingannya
tak tergambar di mata
tak terfikir dek akal

Kau kekasihku
betapa hebat cintamu
sanggup berkorban untukku
tunaikan segala hajatku

ku damba cinta-Mu!

Kau kekasihku
betapa suci kasihmu
tak pernah marah padaku
maafkan segala dosaku

Kau kekasihku
betapa manis sayangmu
menjadi tempat mengadu
beri kekuatan padaku

Kau kekasihku
belum pernah kite bersua
bertentang muka dan jiwa
betapa hati ni merindumu
ku tangis untuk bertemumu

Ku pohon padamu..
moga kau sudi menerimaku
kau kekasihku!

From inside

Kerana Terlalu Sayang

Posted: April 22, 2008 in Life is Real

“Fuhh.. disconnect lagi.. apasal la internet ni.. bengang betul.. mesti buat hal setiap kali nak chatting ngan awek. Berapa kali dah jadi camni.. spoil betul!..”

Akhi (Saudaraku) Pasti situasi mirip atau sama seperti di atas pernah dialami oleh anta bukan? Pasti. Setiap kali terdetik dan cuba untuk melakukan sesuatu yang melencong dari batas agama, anta gagal dan tidak jadi melakukannya.

Ana teringat, waktu dalam usrah mingguan bulan lepas, waktu kami membincangkan tentang ‘Kesan-kesan beriman dengan Malaikat’. Ana begitu terkesan. Besarnya peranan Malaikat dalam hidup kita. Di samping menjadi tentera Allah bersama Muslimin di medan perang, mereka juga menjadi penjaga kepada kita. Menghalang musibah yang tidak ditakdirkan ke atas kita. Anta mesti pernah mengalaminya bukan? Anta hampir-hampir dilanggar kereta, tetapi terselamat secara tidak sengaja. Hampir-hampir. Malaikatlah yang menjaga anta.

(more…)