Ikatan

13 01 2009

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ikatannya.

Ya Allah. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan yg sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu…Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin~





Belilah barangan Buatan Israel

12 01 2009

iklan ini tidak ditaja…

“Belilah barangan buatan ISRAEL dan menyumbang kepada nya..”

“Barang buatan ISRAEL berkualiti tinggi…”

“Bahkan,anda dapat membantu meringankan beban pejuang-pejuang ISRAEL di sana..”

antara barangan utama keluaran ISRAEL adalah…

NYUM..NYUM..NYUM..

b8036e219445d126446138844d19d18c starbucks2

i’m lovin’ It…..wow!!

Read the rest of this entry »





Palestinku Palestinmu jua…

12 01 2009

ayat12jd8

bermula kali ini dengan sebuah pepatah melayu

“biar genggam bara api,biar sampai jadi arang…”

bermulanya hari ini,hati semakin pilu untuk menulis apa-apa..manakan tidak,jiran negara islam disebelah sedang merana di pulun oleh rejim zionis laknatullah..

sudah hampir angka seribu jumlah kematian disebabkan serangan terbaru israel.sampaikan perjanjian Geneva pun mereka langgar dan binatang alah ni sudah berani menggunakan senjata kimia larangan fosforus putih dalam tujuan peperangan..tapi,dunia masih lagi seperti dulu..seperti tin kosong..bunyi nya kuat..dalam nya tiada..hmmmm..kali ini rasanya Israel benar-benar hendak menakluk semenanjung gaza dan specifikly,baitulmaqdis yang sudah hampir 200 tahun mereka idamkan..bisik hatiku..

Dalam kedinginan,terfikir sejenak apa yang harus ku lakukan?

banyak betul monolg dalaman kali ni..

Tapi,straight to the point,

golongan pembaca dirahmati Allah,banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk Palestin..Jika bukan dengan sumbangan jiwa..sumbang lah dengan apa yang ada..

Read the rest of this entry »





Kisah Musang dan Khuruf…

7 12 2008

kambing

2790787079_9d14c25c53

Assalamualaikum pembuka bicara,

Buat pembaca hanya gerhana,

Cerita ini hanya direka,

Tajuk yang sama,cerita berbeza….

Setahu ana,kambing?khuruf yang dijadikan qorban adalah binatang syurga..

Selalu pabila terdengar tajuk cerita ni,teringat balik pada cerita Si musang dan kambing yang didodoikan buat anak-anak sebelum tidur..

Kali ini,sempena mengambil semangat raya korban tahun ini,dan semangat Tuan rumah yang bagi daging khuruf* tadi(hehe..tengkiu tuan rumah),ana bawakan satu cerita klasik yang diadaptasi kembali..

Diceritakan…

Disebuah kota yang bernama Nit Selap, tinggal segerombolan Khuruf yang hidup aman bahagia..

Setiap pagi,kambing-kambing ni keluar berburu dan bekerja untuk mencari rezeki..Boleh dikatakan bahawa kawasan tempat tinggal kambing-kambing ni adalah tempat yang paling mulia bagi kambing-kambing di dunia ni..dan juga subur..

Read the rest of this entry »





Masih Belum Terlambat…

28 11 2008

hati

Pena ku menulis dengan hati begini..

Terguris hatiku kali ini dengan sebuah cerita yang ku baca..Walaupun aku hanya seorang hamba Allah yang suka berfoya-foya bergembira…Tapi,jauh di lubuk hati ingin menjadi seorang yang amat disegani..Jauh di hati ku inginkannya,tapi,perbuatan ku tidak sukup untuk mengiyakannya..

Di satu malam yang hening, tiba-tiba Allah mengilhamkan aku satu benda daripada yang sukar untuk aku tidak keluarkan air mata ku..Kisah Umar al Khattab..

Bermulanya kisah Umar al Khattab yang masyhur bukan lah seperti kisah Mohamed al Fateh yang dari kecil nya sudah pun disalutkan hatinya dengan Islam.

Read the rest of this entry »





jihadul akbar

27 11 2008

kingdom02Perang? Zaman kini sibuk membicarakan tentang perang. Perang memerangi keganasan atau apa sahaja alasan supaya perang itu dihalalkan. Oleh itu, nak kongsi dengan sahabat sekalian pandangan Umar tentang perang. Jom dengar apa kata dia…

Dalam surat ini, Umar bagaikan bertempik dari alam baqa’ kepada mereka yang ingin berlumba dengan Israel dalam kemampuan persenjataan sehingga mereka lebih kuat dalam persenjataan berbanding Israel. Beliau menjerit memberitahu mereka:

“Jangan kamu lupa dengan senjata kita yang telah menumbangkan Kisra dan Caeser. Mereka lebih hebat berbanding Ben Gurion dan Sharon. Dengan senjata tersebut kita telah membuka Syam dan Iraq. Sesungguhnya ketika itu kita lebih gagah berbanding Israel ketika ini…

Jangan sekali-kali kamu lupa dengan senjata taat dan takwa…

Jangan kamu lupa untuk menewaskan nafsu, syahwat, kedengkian dan kemelampauan kamu, sebelum kamu cuba menewaskan Israel…

so, ayuh jihadul akbar yakni jihadul nafs!

’syukur ke hadrat-Mu ya Allah kerana menerima kami sebagai tetamu-Mu…’

from inside





a relief!

26 11 2008

Labaikallahuma labaik

Labaikalla syarikalla kala baik

Inna hamda wa nikmata

Walakalmuk la syarikallah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi dengan nikmat kurniaan-Nya maka Dia memilih kami sebagai tetamu-Nya. Ketika mendapat tahu berita gembira ini terasa seperti semua masalah yang menghimpit diri hilang. Kelegaan yang tidak terhingga amat dirasai. Memang benar penantian itu satu penyeksaan. Dalam menghitung hari untuk pergi, terngiang-ngiang talbiah dan suasana di Makkah Al-Mukaramah. Rindunya kami untuk bertemu-Mu, ya Allah. Ya Allah, kurniakan kami haji yang mabrur. Kesempatan ini, kami ingin mohon maaf zahir dan batin. Doakan kami selamat pergi dan pulang.

Berjalan menuju Allah

‘ketenangan yang abadi jika ku raih redha-Mu, ya Allah’

(pour mon ami, eckm- merci beaucoup! Allah t’aime…)

from inside





p blocker

25 11 2008

Tahukah anda ape itu p blocker? Ha ianya bukan beta blocker mahupun adik-beradiknya. Tetapi ia adalah singkatan kepada prayer blocker atau dengan kata mudahnya penghalang doa untuk dimakbulkan antaranya dosa-dosa kitapic3. Jom ikuti kisah ini…

Nabi Yunus melarikan diri daripada kaumnya kerana tidak tahan dengan kerenah mereka yang menolak dakwahnya. Ini telah menimbulkan kemurkaan Allah swt lalu Dia menguji nabi Yunus. Allah menjadikan kapal layar yang dinaiki nabi Yunus terlebih muatan lalu hampir karam. Setelah semua muatan telah dibuang, namun kapal itu masih lagi dalam keadaan yang sama. Ini telah menyebabkan satu undian dijalankan agar memilih siapa yang patut dibuan ke dalam lautan. Akhirnya nabi Yunus telah terpilih. Maka nabi Yunus pun dicampak lantas ditelan oleh ikan paus. Disebabkan mukjizat seorang nabi, maka nabi Yunus tidak dihadam malah Allah menjadikan perut ikan paus sebagai tempat tinggal nabi Yunus. Duduklah nabi Yunus di dalam perut ikan paus itu dalam kegelapan. Berfikirlah nabi Yunus tentang ketelanjuran perbuatannya sehingga menyebabkan kemurkaan Allah. Maka menangislah nabi Yunus mengenangkan dosanya sambil memohon keampunan daripada Allah dengan memperbanyakkan sebutan

laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimin (surah Anbia’:87)

Setelah beberapa hari maka Allah terima taubat nabi Yunus. Lalu ikan paus itu pun memuntahkan nabi Yunus.

Jadi ikhwah, mari kita sama-sama muhasabah diri kita berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Banyakkan beristigfar dan amalkan doa nabi Yunus ini. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita agar ia tidak menjadi penghalang untuk Dia memakbulkan doa dan permintaan kita.

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab!

ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami agar ia tidak menjadi batu penghalang untuk engkau menerima kami sebagai tetamu-Mu…amin

from inside





alahai si burung pipit…

24 11 2008

420265754_64699f2b82Tertarik dengan cerita ini, terasa ingin dikongsi bersama. Wahai ikhwah, nikmatinya dengan fikiran yang matang ye!

Ketika api sedang marak membakar tungku api nabi Ibrahim, datanglah si burung pipit menyaksikannya. Terlintas difikirannya untuk membuat sesuatu. Dengan susah payahnya, ia lantas mencicip sedikit air lalu mencurahkan ke atas tungku api itu. Walaupun si burung pipit ini tahu yang airnya itu tidak mampu memadamkan api yang marak, tetapi yakin usahanya dipandang Allah dan cukup menjadi bukti perlepasan apabila ditanya di akhirat kelak.

Alahai si burung pipit… masih berusaha melakukan sesuatu walaupun ia kelihatan sia-sia. Namun, hujah perbuatannya itu di depan Allah kelak patut kita contohi. Mari kita hisab diri kita, apa yang kita telah lakukan untuk agama dan umat islam sebagai hujah dan bukti kepada Allah kelak.

Sabda rasulullah:

من لم يهتم بامر المسلمين فليس منهم

sesiapa yang tidak mengambil berat dengan hal muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.

Jadi ikhwah, jika kita tidak dapat menjadi sehebat Umar dan sepandai Muhammad Al-Fatih, kita masih mampu menjadi rantai-rantai yang menyambung perjuangan mereka. Agar apabila islam tertegak kembali sesuatu hari nanti, kita mampu tersenyum bangga menyaksikan kemenangan itu tercapai atas usaha kita bersama. Moga perjuangan dan pengorbanan itu menjadi bukti dan hujah kita di hadapan Allah kelak amin…

Jom kita cakna!

ya Allah, jika engkau terima pengorbanan kami ini, maka terimalah kami sebagai tetamu-Mu…amin.

from inside





KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH!

23 11 2008
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding

AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal

QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang!!

-D’inferior-