Memetik tazkirah sahabat saya, moga ia jadi peringatan buat semua…
‘Semua umatku akan masuk syurga melainkan sesiapa yang aba,
katakan siapa yang aba itu rasulullah,
sesiapa yang mentaati aku akan masuk syurga,
dan sesiapa yang menolak aku maka dialah aba.’ sabda rasulullah.
Sahabat,
Jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa perdana menteri ingin melawat kita, pasti kita akan mencantikkan rumah kita dan menutup segala keburukan hatta kalau boleh permaidani merah pun nak dihamparkan.
Tapi jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa rasulullah ingin menziarahi kita, pasti kita akan men’delete’ semua video, games dan movies kerana kita tahu Rasulullah pasti tidak suka malah sedih melihatnya.
Barulah kita sedar yang selama ini, kita bukan membuat maksiat ini dalam kejahilan tetapi disebabkan nafsu yang menipu.
Maka gembirakah kita?
Sahabat,
Hari ini kita melaungkan dengan semangat untuk menjadi doktor muslim, membina negara islam dan juga pemerintahan khalifah.
Tetapi andai dalam diri kita belum tertegaknya islam, maka tidak akan tertegak islam di sekeliling kita. Harapan itu sekadar angan-angan kosong. Impian itu kabur dan sirna ke arahnya. Bagai mimpi di siang hari.
Maka gembirakah kita?
Sahabat,
60-70 tahun dahulu, nenek moyang kita bermati-matian menentang penjajahan sehingga kita kecapi nikmat kemerdekaan.
Tetapi hari ini kita bagaikan tewas malah kelihatan bacul menyerah kalah kepada penjajah pemikiran. Kita biarkan mereka kuasai kita tanpa ada sedikit pon penentangan.
Maka gembirakah kita?
Mana hilangnya semangat Hang Tuah, Dato Maharaja Lela dan Rentap yang pernah menggentarkan hati penjajah?
Sahabat,
Bukan tidak boleh ‘reward ourselves’ tapi pastikan hadiah itu tidak melebihi usaha yang patut diganjari itu.
Mari kita tinjau kehidupan kita dalam sehari, berapa jam kita habiskan untuk ‘all out’ belajar dan menegakkan agama Allah dari bermain dan berhedonisme.
Maka gembirakah kita?
Sahabat,
Masih berbaki dua bulan sebelum ‘final exam’ menjelma untuk kita buktikan kita mampu menjadi doktor muslim yang kita impikan.
Bangkitkan kembali semangat Haji Abdurahman Limbong dan Tok Janggut yang semangatnya masih mengalir segar dalam darah kita.
Kita berusaha bersungguh-sungguh dan bersama-sama kita mencapai mumtaz. Sekali lagi saya ingatkan, carilah alternatif hiburan yang lebih sihat dan bermanfaat serta berhiburlah sekadarnya.
Ingat pesan Dr Mohtasem, semua yang berlebihan adalah toksik kepada diri kita.
Maka gembirakah kita?

kredit to nash2






Recent Comments