gembirakah kita?

21 03 2009

Memetik tazkirah sahabat saya, moga ia jadi peringatan buat semua…

‘Semua umatku akan masuk syurga melainkan sesiapa yang aba,

katakan siapa yang aba itu rasulullah,

sesiapa yang mentaati aku akan masuk syurga,

dan sesiapa yang menolak aku maka dialah aba.’ sabda rasulullah.

Sahabat,

Jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa perdana menteri ingin melawat kita, pasti kita akan mencantikkan rumah kita dan menutup segala keburukan hatta kalau boleh permaidani merah pun nak dihamparkan.

Tapi jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa rasulullah ingin menziarahi kita, pasti kita akan men’delete’ semua video, games dan movies kerana kita tahu Rasulullah pasti tidak suka malah sedih melihatnya.

Barulah kita sedar yang selama ini, kita bukan membuat maksiat ini dalam kejahilan tetapi disebabkan nafsu yang menipu.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

Hari ini kita melaungkan dengan semangat untuk menjadi doktor muslim, membina negara islam dan juga pemerintahan khalifah.

Tetapi andai dalam diri kita belum tertegaknya islam, maka tidak akan tertegak islam di sekeliling kita. Harapan itu sekadar angan-angan kosong. Impian itu kabur dan sirna ke arahnya. Bagai mimpi di siang hari.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

60-70 tahun dahulu, nenek moyang kita bermati-matian menentang penjajahan sehingga kita kecapi nikmat kemerdekaan.

Tetapi hari ini kita bagaikan tewas  malah kelihatan bacul menyerah kalah kepada penjajah pemikiran. Kita biarkan mereka kuasai kita tanpa ada sedikit pon penentangan.

Maka gembirakah kita?

Mana hilangnya semangat Hang Tuah, Dato Maharaja Lela dan Rentap yang pernah menggentarkan hati penjajah?

Sahabat,

Bukan tidak boleh ‘reward ourselves’ tapi pastikan hadiah itu tidak melebihi usaha yang patut diganjari itu.

Mari kita tinjau kehidupan kita dalam sehari, berapa jam kita habiskan untuk  ‘all out’ belajar dan menegakkan agama Allah dari bermain dan berhedonisme.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

Masih berbaki dua bulan sebelum ‘final exam’ menjelma untuk kita buktikan kita mampu menjadi doktor muslim yang kita impikan.

Bangkitkan kembali semangat Haji Abdurahman Limbong dan Tok Janggut yang semangatnya masih mengalir segar dalam darah kita.

Kita berusaha bersungguh-sungguh dan bersama-sama kita mencapai mumtaz. Sekali lagi saya ingatkan, carilah alternatif hiburan yang lebih sihat dan bermanfaat serta berhiburlah sekadarnya.

Ingat pesan Dr Mohtasem, semua yang berlebihan adalah toksik kepada diri kita.

Maka gembirakah kita?

kredit to nash2

kredit to nash2





6 03 2009

Sibuk dan Anda

Bismillahirrahmanirrahim

Teringat seorang sahabat mengadu kepada ana, katanya, “macam mana ni, jadual ana dah pack sangat, sampaikan kadang2 ana rasa x de langsung masa untuk diri ana sendiri…ana nak study jugak,” keluh beliau.

Sebenarnye sahabat sekalian, ketahuilah bahawa kesibukan itu Allah yg beri, dan pastinye, tiada lah DIA memberikan sesuatu buat hambaNya melainkan ia adalah sebuah rahmat yg kita x pernah perasan, apatah lagi memandangnye sebagai satu rahmat. Sepatutnye bersyukurlah atas kesibukan yg datang kpd kita… So? Sahabat kena sedar, kehadiran sibuk itu mampu menyelamatkan kita, jiwa kita…dari melakukan maksiat yg allah larang.

Do you know?

Sibuk itu sangat subjektif. Dipandang dari sudut yg berbeza, berbagai dimensi. Ada org sibuknya adalah urusan study, ada org sibuknya urusan perniagaan, ada org sibuknya urusan dakwah (inilah yg kami harapkan), ada org sibuknya urusan yg ntah apa-apa…sampaikan bermain game pun ada yg kate sibuk (na3uzubillah).

“Sesungguhnya, hatimu jika tidak disibukkan dengan urusan ketaatan, maka ia akan disibukkan dgn perkara batil yang sia-sia”

Yang penting, nak beritahu di sini, semua orang rasa dirinya amat sibuk…baik dia seorang Exco berjawatan tinggi dalam persatuan, atau seorang ketua kelas, atau seorang organizer program, atau seorang yang masanya hanya untuk dirinya, even tukang download movie juga rasa dirinya sangat sibuk.

Ketahuilah..

Sibuk mana pun anda, anda belum sampai ke tahap sibuknya Nabi Sulaiman memerintah manusia dan haiwan. Kesibukan anda tidakla sesibuk Khulafa’ Ar-rasyidin spt mana yg kita ketahui. Bandingkanlah sibuk anda dgn mereka…

Jangan sampai kesibukan menyebabkan anda lupa tugas sebenar anda sebagai Hamba ALLAH…

Ingatlah Firman Allah:

 ”لا يكلف الله نفــسا إلا وسعــها…”

 سورة البقرة

Maksud: “Tidaklah Allah bebankan seseorang itu melainkan apa yg dia mampu…”

Akhir kalam, bergembiralah dengan kesibukan yg sebenar-benar sibuk, hinggakan tiada ruang untuk kita melakukan walau sesaat maksiat dan perkara sia-sia. Kalau anda rasa diri anda begitu relax dan bersahaja, maka periksa semula diri…

Sekian, sekadar berkongsi rasa.





dikala hujan…

23 02 2009

Hujan yang turun bagaikan mutiara…

rainAlhamdulillah lama rasanya tidak ditimpa hujan. Walaupun hujan di perlembahan Nil ini tidak selebat di Malaysia, segarnya masih terasa bagai bumi tandus dibasahi air. Dikala hujan, siapa yang tidak terkenangkan zaman kanak-kanaknya yang penuh ceria bermain hujan. Bertambahlah rindu hati ini pada kampung halaman yang tercinta. Dikala hujan, doa amat mudah diterima Allah. Moga hujan ini menjadi penyegar kepada jiwa yang makin sirna semangatnya.

135021962_3f5811837cHujan bukan sekadar membasahkan bumi, malah selepas itu sang pelangi pasti menampakkan diri. Wah, betapa indahnya ciptaan Allah!. Jika dihayati kejadian Allah ini, ada sesuatu yang patut kita teliti.

tumbuhDi mana sahaja bumi ditimpa hujan, di situ pasti akan adanya kehidupan. Kita boleh lihat dalam gambar ini, disebabkan hujanlah, atas bangunan pun ada tumbuhan yang mampu hidup. Itulah rahmat Allah diturunkan melalui hujan.

Jadi kita sebagai sebaik-baik makhluk patutnya mengikuti resmi hujan. Di mana sahaja bumi kita ditempatkan, di situ juga kita bermanfaat kepada orang lain. Fikir-fikirkanlah…





How to correct people’s mistakes?

19 02 2009

Salamullah alayk.

Alhamdulillah, after a long abscence, i kinda back into mood to share some valuable things i got from a book.

The book entitled “The Prophet’s Methods of Correcting People’s Mistakes”.

As a muslim, we all believe in the prophet Muhammad peace be upon him, and we take upon him as our sole icon in or role model in which we take and practice it in life.

The book consist of 38 techniques on which the prophet used during his time as the messenger of Allah based on the hadeeth.

But, we must take into account that not a single person is the same even twins. They are not identical. Humans are not robots which we can give orders and they follow blindly. Humans have personalities, each one is different. So, we must make a distinction between people who are truly ignorant about something, or people who just act dumb or who has the knowledge but do not act accordingly.

Making mistakes is part of human nature.. We are not perfect.  The prophet said:

“Every son of Adam makes mistakes, and the best of those who make mistakes are those who repent.”1

I’m not going to mention all the guides, but I will share five from the book which I find interesting and can give you a picture about how to correct people’s mistake:

  1. Read the rest of this entry »




jihadul akbar

27 11 2008

kingdom02Perang? Zaman kini sibuk membicarakan tentang perang. Perang memerangi keganasan atau apa sahaja alasan supaya perang itu dihalalkan. Oleh itu, nak kongsi dengan sahabat sekalian pandangan Umar tentang perang. Jom dengar apa kata dia…

Dalam surat ini, Umar bagaikan bertempik dari alam baqa’ kepada mereka yang ingin berlumba dengan Israel dalam kemampuan persenjataan sehingga mereka lebih kuat dalam persenjataan berbanding Israel. Beliau menjerit memberitahu mereka:

“Jangan kamu lupa dengan senjata kita yang telah menumbangkan Kisra dan Caeser. Mereka lebih hebat berbanding Ben Gurion dan Sharon. Dengan senjata tersebut kita telah membuka Syam dan Iraq. Sesungguhnya ketika itu kita lebih gagah berbanding Israel ketika ini…

Jangan sekali-kali kamu lupa dengan senjata taat dan takwa…

Jangan kamu lupa untuk menewaskan nafsu, syahwat, kedengkian dan kemelampauan kamu, sebelum kamu cuba menewaskan Israel…

so, ayuh jihadul akbar yakni jihadul nafs!

’syukur ke hadrat-Mu ya Allah kerana menerima kami sebagai tetamu-Mu…’

from inside





Kita Kehilangannya!

29 10 2008

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Meneliti kembali sejarah ummah. Selama umurnya 1431 tahun lebih kurang. Kita dapat melihat pelbagai fasa dan situasi sepanjang umurnya. Bermula lahirnya, zaman gagah dan lemahnya. Perbandingan yang teliti dan tajam boleh merasai dan menilai perkara ini. Perbezaan ummah di era kita dan era salafus soleh (3 kurun Muslimin pertama). Unsur penting di era nubuwwah yang kita kehilangannya kini adalah unsur QUDWAH. Peribadi yang menjadi QUDWAH adalah peribadi yang menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain, dalam segala aspek dan sudut. Maka peranan dakwah hanya akan dipikul oleh mereka yang menjadi qudwah pada orang lain. Read the rest of this entry »





poso 6 jang oi!

24 10 2008

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

hari ini dah syawal yang ke 24, maksudnye masih berbaki 6 hari lagi bulan syawal

kepada yang telah berjaya menyelesaikannya tahniah diucapkan

tetapi yang masih berbaki ataupun belum bermula

apa tunggu lagi

masih berpeluang untuk merebut peluang keemasan ni

jom rebut, cepat sebelum terlambat

‘poso 6 jang oi’

from inside





As a Doctor

31 07 2008
"The Doctor" naah

"The Doctor" naah

Salamullah alayk…

Slazar’s here.

I’ve been thinking for the whole time, why do I want to be a doctor? Why should I study medicine?

The answer is simple. It is a “fardhu kifayah” for a muslim to obtain knowledge, whether knowledge about their religion or knowledge about the technology.

Why medicine? It is one of the toughest subject learned in college. Why should you bother to study it? Read the rest of this entry »





solat is amazing!

22 06 2008

iftirash

Assalamualaikum

Nak kongsi bersama kebaikan duduk iftirash ni…kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar rajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi ‘tekanan reflexology’ yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat ‘tekanan reflexology’ utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian – Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui ‘indirect reflexology excersize’ utk bahagian kritikal – brain, neck, throat, etc…

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw.. Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..

Hadith shohih riwayat Bukhri.

Pengajaran hadith:


1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.


2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)


3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT


4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT.

Selamat beramal dan menyampaikannya.

apiqi

penulis tamu from inside





Anda dan Perubahan!

20 06 2008

Menjadi begitu bersemangat sekali setelah menonton beberapa siri rakaman Kuliah Sirah ‘Ala Khutol Habib (Di Atas Jejak Kekasih-betul ke?) oleh Ustaz Amru Khalid. Kupasan sirah yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. Betul-betul membuatkan cinta kepada Rasulullah membuak-buak. Bukan retorik. Tapi kerana aku baru faham mengapa ada sebahagian dari ummat kini, sibuk bermati-matian untuk Islam dan Dakwah. Tanpa mengira cerca dan hina orang. Sebaliknya terus gagah melangkah kerana kefahaman. Aku mencadangkan kepada yang belum tengok, segeralah tengok. Kalau nak buku, ada di kedai buku berhampiran anda.

Baru aku faham mudahnya untuk difahami intipati dakwah Rasulullah. Semua orang boleh faham. Tetapi untuk merealisasikannya, betapa besarnya amal, kesungguhan, dan tenaga yang dicurahkan oleh Rasulullah untuk dakwah ini. Ustaz Mustafa Masyhur pernah menukilkan: “Dakwah kita iman dan amal, ukhuwwah dan persaudaraan”. Mudah dan ringkas. Tapi kata-kata ini menuntut amal yang tidak putus-putus.

Aku nak berkongsi tentang kisah dakwah seorang peribadi yang agung dalam sejarah Islam. Saidina Abu Bakr r.a dalam masa seminggu masuk Islam, telah mengislamkan 6 orang lain (6 daripada 10 orang yang dijanjikan syurga). Padahal waktu itu, baru empat Surah baru turun (Al-’Alaq, Al-Muzammil, Al-Muddatssir, Al-Fatihah). Tapi beliau telah bersama-sama Rasulullah memikul tanggungjawab dakwah. Mencari kabilah-kabilah yang belum mendapat seruan Islam untuk disampaikan kepada mereka. Bersama-sama dengan Rasulullah. Memerah tenaga dan fikiran untuk dakwah. Menapis peribadi-peribadi baik dalam masyarakat untuk menjadi penolong kepada agama Allah ini. Tidak hairanlah iman Saidina Abu Bakr r.a sangat tinggi nilainya. Kerana amal dakwahnya.

Persoalannya, di manakah beza kita dan Saidina Abu Bakr r.a? Kita sudah Islam berapa tahun? 5, 10, 20 tahun? Berapa banyak Surah kita sudah baca? Berapa kali khatam al-Quran?

Tetapi berapa banyak sumbangan kita pada agama ini? Berapa banyak? Aku menjadi tergamam bila berfikir. Apalah yang aku sumbangkan? Solat, Puasa, Zakat? Itu untuk diri sendiri. Ajak orang kepada kebaikan? Nasihatkan orang lain perkara salah yang dia lakukan? Sebarkan kebaikan dalam komuniti pelajar medicine? Nampaknya kena muhasabah banyak lagi aku ni.

Bezanya kita dan Saidina Abu Bakr r.a, ialah pada ghairahnya kita terhadap Islam, kefahaman kita terhadap dakwah. Para sahabat yang terawal mendapat sedikit sahaja surah dari al-Quran, amalnya berganda-ganda. Kita bila lagi nak menggandakan amal?

Macam mana caranya? Mudah saja. Apa sahaja benda baik yang anda nak lakukan, ajak orang lain sekali. Nampak kesalahan, tegur dan nasihat dengan penuh kasih sayang. Sebarkan segala unsur kebaikan dalam komuniti perubatan kita. InsyaAllah, dengan itu anda membawa perubahan. Jom sama-sama berdakwah.