Semasa sibuk membaca risalah KKK, tertarik dengan persamaan
‘biarlah diri ini letih demi kebaikan orang lain + orang lain gembira dengan pertolongan kita = kelak hidup kita diberkati dan mendapat kejayaa’
Berkata seorang teman, “Nanti akhirnya jemulah orang yang membuat kebaikan tu”.
Analogi mudah- Seorang pengarah kempen kecewa apabila objektif program tidak tercapai. Akhirnya putus asa sehingga tidak bersemangat lagi untuk meneruskan. Maka hilanglah seorang manusia yang proaktif dalam masyarakat. Ah, alangkah ruginya!
Terfikir sendirian, mengapa perkara ini terjadi? Sedangkan dalam La Tahzan, jika kita yang memberi yakni membuat kebaikan, ia membuatkan hati menjadi tenang. Mungkinkah kerana kurangnya orang yang memberi dalam hidup ini? Baru ku sedari yang diri ini asyik menerima daripada memberi.
Tetapi jika manusia jelas dengan matlamat yang sebenar iaitu redha Allah, maka perkataan jemu itu tidak mungkin timbul. Hari ini kita sibuk nak mencapai objektif tetapi terlupa HAKIKAT matlamat itu sehingga kita menjadi lemah.

Read the rest of this entry »
Recent Comments