gembirakah kita?

21 03 2009

Memetik tazkirah sahabat saya, moga ia jadi peringatan buat semua…

‘Semua umatku akan masuk syurga melainkan sesiapa yang aba,

katakan siapa yang aba itu rasulullah,

sesiapa yang mentaati aku akan masuk syurga,

dan sesiapa yang menolak aku maka dialah aba.’ sabda rasulullah.

Sahabat,

Jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa perdana menteri ingin melawat kita, pasti kita akan mencantikkan rumah kita dan menutup segala keburukan hatta kalau boleh permaidani merah pun nak dihamparkan.

Tapi jika hari ini, kita dikhabarkan bahawa rasulullah ingin menziarahi kita, pasti kita akan men’delete’ semua video, games dan movies kerana kita tahu Rasulullah pasti tidak suka malah sedih melihatnya.

Barulah kita sedar yang selama ini, kita bukan membuat maksiat ini dalam kejahilan tetapi disebabkan nafsu yang menipu.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

Hari ini kita melaungkan dengan semangat untuk menjadi doktor muslim, membina negara islam dan juga pemerintahan khalifah.

Tetapi andai dalam diri kita belum tertegaknya islam, maka tidak akan tertegak islam di sekeliling kita. Harapan itu sekadar angan-angan kosong. Impian itu kabur dan sirna ke arahnya. Bagai mimpi di siang hari.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

60-70 tahun dahulu, nenek moyang kita bermati-matian menentang penjajahan sehingga kita kecapi nikmat kemerdekaan.

Tetapi hari ini kita bagaikan tewas  malah kelihatan bacul menyerah kalah kepada penjajah pemikiran. Kita biarkan mereka kuasai kita tanpa ada sedikit pon penentangan.

Maka gembirakah kita?

Mana hilangnya semangat Hang Tuah, Dato Maharaja Lela dan Rentap yang pernah menggentarkan hati penjajah?

Sahabat,

Bukan tidak boleh ‘reward ourselves’ tapi pastikan hadiah itu tidak melebihi usaha yang patut diganjari itu.

Mari kita tinjau kehidupan kita dalam sehari, berapa jam kita habiskan untuk  ‘all out’ belajar dan menegakkan agama Allah dari bermain dan berhedonisme.

Maka gembirakah kita?

Sahabat,

Masih berbaki dua bulan sebelum ‘final exam’ menjelma untuk kita buktikan kita mampu menjadi doktor muslim yang kita impikan.

Bangkitkan kembali semangat Haji Abdurahman Limbong dan Tok Janggut yang semangatnya masih mengalir segar dalam darah kita.

Kita berusaha bersungguh-sungguh dan bersama-sama kita mencapai mumtaz. Sekali lagi saya ingatkan, carilah alternatif hiburan yang lebih sihat dan bermanfaat serta berhiburlah sekadarnya.

Ingat pesan Dr Mohtasem, semua yang berlebihan adalah toksik kepada diri kita.

Maka gembirakah kita?

kredit to nash2

kredit to nash2





Muhasabah Cinta

10 03 2009


Mungkin ramai yang pernah dengar lagu Muhasabah Cinta, nyanyian kumpulan Edcoustic dari Indonesia.Lagu ni tibe2 popular di Perlembahan Nil di kalangan dak2 medik selepas dinyanyikan oleh Voice of Mansurah dlm Seminar Perubatan tempoh hari, atau mungkin juga rentak lagunya yg seakan-akan ‘kejiwangan’. Ape2 pon, harapnye bkn sekadar rentak lagu yg menjadi buaian dan halwa telinga para mendengar, bahkan lirik yg cube disampaikan,iaitu cinta kepada Allah perlulah diberi penghayatan yg mane merupakan elemen penting dlm melahirkan hamba yg rabbani, hati yg sentiasa bertaut kpd Allah.

Cinta Allah, adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi matlamat utama dlm kehidupan kite. Cinta Allah, satu pencarian yg memerlukan usaha keras utk mendapatkannya. Cinta Allah, yg mana dengannya segala ibadah dan amal soleh dilakukan ikhlas semata2 krn Allah.

قل إِن كَان ءَابَاؤُكُمْ وََأبْنَاؤُكمْ وَإِخْوَانُ ُ كمْ وََأزْوَاجُكمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وََأمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ

تَخْشَوْ َ ن َ كسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا َأحَبَّ إَِليْ ُ كمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ َفتَرَبَّصُوا

حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بَِأمْرِهِ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Untuk mendapatkan cinta Allah memerlukan hati yg sentiasa hidup dan sentiasa terrikat dengan Allah Taala. Dalam kitab التربية الاسلامية و مدرسة حسن البنا , Dr Yusuf Qardhawi menyatakan perkara yg perlu utk melahirkan hati yg sentiasa ‘hidup’:

1)الى وقاية ليسلم

2)والى غذاء ليحيا

3)والى علاج لبشفى

Menurut Dr Yusuf Qardhawi juga,hati yg hidup adalah hati yg seolah2 melihat Allah dan tempat hadirnya cahaya Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

ان الله لا ينظر الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم

Pada hari kiamat nanti, hati yg hiduplah yg akan menjadi wakil atau saksi utk mempersembahkan hamba itu kepada Allah sebagai wasilah penyelamat utk dirinya. Tanpa hati ini yg ditadbir oleh iman, diterangi dgn keyakinan, sesungguhnya insane itu sebenarnya mati dan segala kehidupannya adalah sia2.

Dengan itu, tarbiah yg sebenarnya amat perlu utk menghidupkan hati supaya tdk mati,mengawalnya supaya tdk rosak, dan sentiasa melembutkan nya supaya tdk menjadi keras seperti batu(rujuk Surah Al-Maidah:13, Surah Al-Baqarah:74, Surah Al-Hadid:16).





6 03 2009

Sibuk dan Anda

Bismillahirrahmanirrahim

Teringat seorang sahabat mengadu kepada ana, katanya, “macam mana ni, jadual ana dah pack sangat, sampaikan kadang2 ana rasa x de langsung masa untuk diri ana sendiri…ana nak study jugak,” keluh beliau.

Sebenarnye sahabat sekalian, ketahuilah bahawa kesibukan itu Allah yg beri, dan pastinye, tiada lah DIA memberikan sesuatu buat hambaNya melainkan ia adalah sebuah rahmat yg kita x pernah perasan, apatah lagi memandangnye sebagai satu rahmat. Sepatutnye bersyukurlah atas kesibukan yg datang kpd kita… So? Sahabat kena sedar, kehadiran sibuk itu mampu menyelamatkan kita, jiwa kita…dari melakukan maksiat yg allah larang.

Do you know?

Sibuk itu sangat subjektif. Dipandang dari sudut yg berbeza, berbagai dimensi. Ada org sibuknya adalah urusan study, ada org sibuknya urusan perniagaan, ada org sibuknya urusan dakwah (inilah yg kami harapkan), ada org sibuknya urusan yg ntah apa-apa…sampaikan bermain game pun ada yg kate sibuk (na3uzubillah).

“Sesungguhnya, hatimu jika tidak disibukkan dengan urusan ketaatan, maka ia akan disibukkan dgn perkara batil yang sia-sia”

Yang penting, nak beritahu di sini, semua orang rasa dirinya amat sibuk…baik dia seorang Exco berjawatan tinggi dalam persatuan, atau seorang ketua kelas, atau seorang organizer program, atau seorang yang masanya hanya untuk dirinya, even tukang download movie juga rasa dirinya sangat sibuk.

Ketahuilah..

Sibuk mana pun anda, anda belum sampai ke tahap sibuknya Nabi Sulaiman memerintah manusia dan haiwan. Kesibukan anda tidakla sesibuk Khulafa’ Ar-rasyidin spt mana yg kita ketahui. Bandingkanlah sibuk anda dgn mereka…

Jangan sampai kesibukan menyebabkan anda lupa tugas sebenar anda sebagai Hamba ALLAH…

Ingatlah Firman Allah:

 ”لا يكلف الله نفــسا إلا وسعــها…”

 سورة البقرة

Maksud: “Tidaklah Allah bebankan seseorang itu melainkan apa yg dia mampu…”

Akhir kalam, bergembiralah dengan kesibukan yg sebenar-benar sibuk, hinggakan tiada ruang untuk kita melakukan walau sesaat maksiat dan perkara sia-sia. Kalau anda rasa diri anda begitu relax dan bersahaja, maka periksa semula diri…

Sekian, sekadar berkongsi rasa.