Ikatan

13 01 2009

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ikatannya.

Ya Allah. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalan yg sebenar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati ini dengan limpah iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu…Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin~


Actions

Information

Leave a comment