Palestinku Palestinmu jua…

12 01 2009

ayat12jd8

bermula kali ini dengan sebuah pepatah melayu

“biar genggam bara api,biar sampai jadi arang…”

bermulanya hari ini,hati semakin pilu untuk menulis apa-apa..manakan tidak,jiran negara islam disebelah sedang merana di pulun oleh rejim zionis laknatullah..

sudah hampir angka seribu jumlah kematian disebabkan serangan terbaru israel.sampaikan perjanjian Geneva pun mereka langgar dan binatang alah ni sudah berani menggunakan senjata kimia larangan fosforus putih dalam tujuan peperangan..tapi,dunia masih lagi seperti dulu..seperti tin kosong..bunyi nya kuat..dalam nya tiada..hmmmm..kali ini rasanya Israel benar-benar hendak menakluk semenanjung gaza dan specifikly,baitulmaqdis yang sudah hampir 200 tahun mereka idamkan..bisik hatiku..

Dalam kedinginan,terfikir sejenak apa yang harus ku lakukan?

banyak betul monolg dalaman kali ni..

Tapi,straight to the point,

golongan pembaca dirahmati Allah,banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk Palestin..Jika bukan dengan sumbangan jiwa..sumbang lah dengan apa yang ada..

dengan wang yang berlebihan..dengan ilmu yang dikurniakan,dengan qunut nazilah yang dibacakan ,dengan hati yang mendoakan,dengan duit yang memboikotkan atau dengan darah yang boleh didermakan..(belakang Dar al-Hikmah ada lagi derma darah..)..

buat lah apa sahaja supaya kita tidak terdiam bila soalan tentang Palestin ditanya di akhirat kelak..ingatlah kisah burung pipit yang berusaha menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dibakar Api..walau dirinya tidak mampu,tapi,tetap mencuba..bukan hasil yang dipentingkan,tapi,apa usaha yang kita lakukan yang dapat perhatian..

Baitulmaqdis itu bukan milik Palestin,bukan juga milik HAMAS,bukan juga milik FATAH..tapi ia milik kita bersama..Kemenangan di Palestin itu pasti..Biar apa dugaan menimpa HAMAS,insyaAllah, kemenangan tetap milik kita disana..umat ISLAM..

diakhiri dengan sebuah hadis untuk kita renungi bersama..

“Segolongan dari umatku akan terus berada dalam kebenaran, mereka akan terus berjuang melawan orang yang memusuhi mereka. Mereka seperti bejana makanan di antara para penyantapnya sampai Allah memutuskan (kemenangan bagi mereka) sementara mereka dalam keadaan seperti itu.” ‘Wahai Rasululah ; dimana mereka?’ “Mereka di sekitar Baitul Maqdis (pelestina).” (HR. Ahmad).


Actions

Information

3 responses

13 01 2009
mizmanners

T_T

13 01 2009
abudi

ang2 da kembali! alhamdulillah…

20 04 2009
Aksi Anak Melayu Boleh

dengan semangat melayu boleh orang melayu akan maju

Leave a comment