“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata : Sesungguhnya aku adalah salah seorang MUSLIM” [41:33]
Persoalannya mengapa aku begitu berat untuk berkata sesuatu yang mengajak kepada Allah, sedangkan Dia sendiri menegaskan dalam kitab suci-Nya bahawa itulah sebaik-baik perkataan. Mulut ini bagai terkunci untuk perkara sebegini tetapi amat petah berbicara tentang hal dunia. Masih belum dikira lagi umpatan dan cacian aku kepada orang lain. Tambahan pula, kekasih Allah juga menekankan hal ini dalam hadisnya:
‘Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, pahalanya sepertimana orang melakukan kebaikan yang diajak olehnya’ sabda rasulullah s.a.w
Namun mengapa aku masih segan dan malu tentang amalan sebaik ini. Ya Allah aku memohon taufik dan hidayah-Mu untuk aku tergolong dalam mereka yang menyeru kepada Allah. Engkau jadikanlah mulut ini mengeluarkan sebaik-baik perkataan yang mampu mendekatkan aku dan orang lain dengan-Mu. Perkenankanlah permintaan hamba-Mu yang hina ini, amin…
Ya Allah, aku ingin jadi daie-Mu!
from inside



Recent Comments