Akhi Fil Islam..

30 10 2008

Akhi,

Terdengar sahaja khabar kehadiranmu ke mari,

Hatiku melonjak kegembiraan,

Itulah harapan dan cita-citaku selama ini,

Hadirnya jiwa suci pewaris perjuangan ini.

 

Read the rest of this entry »





Kita Kehilangannya!

29 10 2008

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Meneliti kembali sejarah ummah. Selama umurnya 1431 tahun lebih kurang. Kita dapat melihat pelbagai fasa dan situasi sepanjang umurnya. Bermula lahirnya, zaman gagah dan lemahnya. Perbandingan yang teliti dan tajam boleh merasai dan menilai perkara ini. Perbezaan ummah di era kita dan era salafus soleh (3 kurun Muslimin pertama). Unsur penting di era nubuwwah yang kita kehilangannya kini adalah unsur QUDWAH. Peribadi yang menjadi QUDWAH adalah peribadi yang menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain, dalam segala aspek dan sudut. Maka peranan dakwah hanya akan dipikul oleh mereka yang menjadi qudwah pada orang lain. Read the rest of this entry »





Alhamdulillah…

29 10 2008

Alhamdulillah…

takat ni,ana dapat jugak menulis kembali selepas sekian lama tak menulis..

walaupun sekadar menggunakan komputer sahabat sebab laptop kat rumah,jauh dari rumah sahabat yang sorang ni,jadi,gunakan jer la,nikmat yang ada..Bukan apa,nikmat yang ada,gunakan dengan baik,supaya Allah akan tambahkan lagi,kalau tak di dunia,Allah tambah di akhirat..

Esok cuti,nikmat datang lagi la nampaknya..kalau cuti yang lepas,ana rancang nak berehat..tapi,bak kata mutiara,kita merancang,Allah juga merancang,dan Allah yang menentukan,ada saja pahala yang Allah suruh buat..contohnya..menolong adik-adik junior pindah rumah baru..

Alhamdulillah,esok rancang nak berehat lagi.moga Allah kabulkamn hajat kali ni,sebab,badan yang lesu,buatkan hati runsing,dan fikiran pun sama jadi lesu..Kalau dapat berehat kan elok.tapi,itu la masalah nya juga,kadang-kadang bila diberikan kesempatan berehat,ada saja godaan syaitan yang datang menjenguk..Tapi,Allah maha pemurah dan penyayang,bila dah datang godaan,datang pulak oppurtunity untuk buat pahala,tinggal nak pilih jer lagi.biasa la,bila ada peluang buat dosa,ada juga peluang berpahala datang seka;li,tinggal untuk iman yang memilihnya..

nikmat lagi hari ni bila sahabat ana ajak makan kat rumah dia..Nampaknya rezeki ana Allah tak kurangkan lagi,masih lagi panjang.Sebab tadi waktu balik dari kelas,rasa-rasa kena beli makanan,tengok,sahabat pulak ajak datang makan..hehe..moga Allah sentiasa merahmati diri ini..aminn..gunakan nikmat sebaiknya..

alhamdulillah..





daie?

25 10 2008

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata : Sesungguhnya aku adalah salah seorang MUSLIM” [41:33]

Persoalannya mengapa aku begitu berat untuk berkata sesuatu yang mengajak kepada Allah, sedangkan Dia sendiri menegaskan dalam kitab suci-Nya bahawa itulah sebaik-baik perkataan. Mulut ini bagai terkunci untuk perkara sebegini tetapi amat petah berbicara tentang hal dunia. Masih belum dikira lagi umpatan dan cacian aku kepada orang lain. Tambahan pula, kekasih Allah juga menekankan hal ini dalam hadisnya:

‘Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, pahalanya sepertimana orang melakukan kebaikan yang diajak olehnya’ sabda rasulullah s.a.w

Namun mengapa aku masih segan dan malu tentang amalan sebaik ini. Ya Allah aku memohon taufik dan hidayah-Mu untuk aku tergolong dalam mereka yang menyeru kepada Allah. Engkau jadikanlah mulut ini mengeluarkan sebaik-baik perkataan yang mampu mendekatkan aku dan orang lain dengan-Mu. Perkenankanlah permintaan hamba-Mu yang hina ini, amin…

Ya Allah, aku ingin jadi daie-Mu!

from inside





poso 6 jang oi!

24 10 2008

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

hari ini dah syawal yang ke 24, maksudnye masih berbaki 6 hari lagi bulan syawal

kepada yang telah berjaya menyelesaikannya tahniah diucapkan

tetapi yang masih berbaki ataupun belum bermula

apa tunggu lagi

masih berpeluang untuk merebut peluang keemasan ni

jom rebut, cepat sebelum terlambat

‘poso 6 jang oi’

from inside





spongebob squarepants

19 10 2008

Suka tengok spongebob squarepants? Mesti ramai di kalangan kita yang meminatinya termasuk diri ini yang tidak terlepas dari menonton aksi lawak si span ni. Tapi bukan cerita ini yang mahu diperkatakan tapi sifat span itu sendiri.

Span yang berlubang penuh satu badannya masih mampu menampung air yang banyak. Jika span ini kita rendam dalam air susu, maka susu jugalah keluar apabila diperah. Apabila direndam pula dalam air oren, maka orenlah terhasil jika diperah darinya.

Begitulah analoginya kita sebagai manusia ini. Sangat mudah terpengaruh dan suka menjadi sama dengan orang sekeliling kita.

Inilah yang saya perhatikan apabila pulang ke Malaysia baru-baru ini. Kawan-kawan satu sekolah yang dulunya solat, puasa, qiam sama-sama dan boleh dikatakan alim, kini berubah menjadi entah apa-apa. Bukannya tiada iman di dada tapi semuanya sebab pengaruh kawan-kawan baru yang lain tindak-tanduknya. Punah perisai kawan saya ni yang penat dibina di sekolah dulu dek kerana mereka ni. Sedih rasanya melihat kawan lama begini sebab mereka bukannya budak sekolah lagi tapi mahasiswa universiti yang mampu berfikir.

Gejala couple yang menjadi trend di universiti tempatan hari ini membuatkan orang yang tidak bercouple itu ganjil. Tidak tertahan iman senipis daun bawang, kalau setiap masa kawan asyik bercerita pasal couple dan memerli jika tiada couple. Apatah lagi jika kawan-kawan asyik mengajak ke kelab malam. Hampir setiap malam tiada di rumah membuat kawan saya tak keruan untuk mengikut mereka.

Betulah kata nabi, manusia akan mengikut persekitarannya. Jika baik persekitaran, maka baiklah dan sebaliknya. Baru terfikir betapa pentingnya baiah solehah. Marilah bersyukur kepada Allah kerana memilih kita untuk diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman lantas menjadikan kita sebahagian daripada mereka. Jadi pandai-pandailah membuat keputusan yang bijak dalam memilih kawan dalam bersahabat.

Sabda nabi, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka tercalitlah kewangian pada baju tetapi jika bersahabat dengan tukang besi maka terperciklah habanya.

‘bijak memilih kawan, hidup menjadi aman’

from inside





Tiga Aku

14 10 2008

Aku satu

Aku dulu waktu sekolah menengah adalah orang yang hebat.Pengawas la katakana.Kalau nak dikatakan aku lah yang paling Alim..Tiap hari,aku pergi Masjid,sampai masjid jer terus solat sunat,lepas tu baca al Quran.Kadang-kadang,kalau ada masa,aku Qiam..Ajak member-member sekali.Waktu tu kalau orang sebut jer nama aku,memang dah tau la yang aku budak baik,orang pun tak pandang serong kalau aku buat sesuatu.Aku pun ahli pencegah maksiat sekolah.wow,hebat juga aku ni..

Read the rest of this entry »