Kereta kelip-kelip??

21 08 2008

Alhamdulillah,dapat jugak aku hidayah nak tulis balik sesuatu dalam blog ni..Lama dah tak menaip,biasa la,balik kampong…. :)

Macam-macam hal la nak buat kan,jumpa member-member lama,jumpa kaum kerabat,tapi paling penting sekali jumpa ahli keluarga la..Terubat rindu kat hati..

So,Post kali ni tak la nak crita banyak..Juat pengalaman waktu aku kat miri jer kot.

Bayangkan,hari first waktu kat kampong halaman aku ni dah ada crita yang nak kata seram ada la sikit..tapi..

Ceritanya bermula camni,alkisahnya,hari first balik Malaysia,benda first yang aku nak buat adalah lepaskan gian tangan dan kaki aku nak pandu kereta la..Biasa la kan,tempat yang aku belajar sebelum ni nak bawak kereta pun “fuh”,memang tak boleh dibayangkan…laju macam harimau hatta buas macam panda waktu drive atas jalanraya..

Jadi,dipendekkan cerita,hamba Allah ni pun bawak la kereta dia..Mula plan nak bawak masa dah sampai airport tu,tapi apakan daya,lessen tak renew lagi..Bila hari dah gelap baru la dapat bawak kereta..Dah dapat bawak kereta ni seronok la hati hamba Allah ni..bawak la kereta pergi sebuah supermarket sorang-sorang, sebab dalam hati mengidam sangat nak minum air cincau.. Read the rest of this entry »





Dia sahabatku

4 08 2008

Aku dedikasikan puisi ini khas buat sahabatku, renungkanlah..

Dia sahabatku
entah siapa gerangannya
entah mana asalnya
perilakunya menarik mataku
perkenalan yang tidak diduga
tatkala diri ini keliru di jalan Allah yang satu

Dia sahabatku
makin aku selam hatinya
makin aku rapat dengannya
bait katanya menyentuh hatiku
keakaraban yang  tidak disangka
tika jiwa ini karam di muara hiasan dunia

Dia sahabatku
menjadi obor
kala aku meraba dalam kegelapan
buat mencari nur ilahi yang makin kelam

Dia sahabatku
menjadi tongkat
kala aku mendaki cerunan gunung
buat mengapai redha ilahi yang makin pudar

Dia sahabatku
menjadi bahtera
kala aku meredah lautan bergelora
buat menagih kasih ilahi yang makin sirna

Dia sahabatku
aku sedar aku yakin
Allah ciptakan dia untukku
sebagai teman dunia dan akhirat
kerna dia ku temu tika di jalan Allah
kerna dia ku kenal tika di jalan Allah
kerna dia ku akrab tika di jalan Allah

jika persahabatan ini takdir ilahi
jika persahabatan ini kehendak ilahi
jika persahabatan ini ketentuan ilahi
akan ku semai ia biar ia tumbuh
akan ku siram ia biar ia segar
akan ku baja ia biar ia subur
itu janjiku wahai sahabatku
moga bertemu dan berpisah kita
kerana khaliq Allah yang esa..

(post ni sempena ‘happy freindship day’ walaupun aku tidak tahu mana asal usul hari ni)

from inside