halaqoh cinta-Nya

10 07 2008

“halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita…

jika sepasang kekasih berdating di taman,

kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,

jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,

di bawah cahaya rembulan,

berdua-duaan,

jauh dari orang,

kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,

tanpa takut dan bimbang,

jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,

kita berhibur dengan madah kalamullah,

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,

kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah,

bebas dari dorongan nafsu semata,

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,

kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,

jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,

kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,

saling menasihati agar makin berkualiti,

jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,

kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,

keluarga dan maruah demi cinta,

kita sanggup korbankan segala-galnya demi cinta agung-Nya,

dalam masa yang sama mencintai keluarga  dan memelihara maruah setingginya.”

(petikan dari novel ‘Tautan Hati’-Fatimah Syarha)

from inside


Actions

Information

4 responses

11 07 2008
Akhukum

Syukran Akhi..

12 07 2008
hanyagerhana

moge kite digolongkan pemuda yg bercinta, bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t hatta kite dilindungi oleh rahmat-Nya pada hari di mana tiada lindungan melainkan lindungan-Nya ameen….

22 07 2008
bintangmalam

tiada ikatan seteguh ukhwah…
semoga dalam lindungan Allah…

25 07 2008
carrot susu

rindu r nak dok halaqah ni…

Leave a comment