“Pijat” Hunters

27 04 2008

VS

Bangun pagi, gosok gigi, garu tangan, garu kaki… Pagi ini, aku digigit lagi, tensen betul. Jadi aku buat kajian sendiri la. Sememangnya, benda-benda ini adalah gejala-gejala baru yang berlaku ketika musim panas di mesir.. Semua ni disebabkan serangan dracula kecik yang bernama pijat… Daripada lelaki yang berkulit kasar seperti buaya hinggalah insan perempuan yang kulitnya selembut sotong, semuanya menjadi mangsa gigitan serangga pemusnah ini.. Mari berkenalan..

Mari kenal apa itu pijat?

Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahas asaintifiknya, Cimex. Ianya adalah haiwan bertelor. Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, check la wikipedia.. Pastu, pijat ni ada macam-macam kaler kalo tak penah tengok lagi, ada gambar kat bawah ni..

Pijat ni, kaler dia adalah putih-putih sikit sampai adalah seakan-akan coklet kemerah-merahan.. jangan tertipu, pijat bukan satu kaler jer. Pijat yang dah hisap darah manusia selalunya kaler coklet. Kalo jumpa yang dah kaler coklat tu, pukul la, insyaAllah keluar darah korang. Pastu, bentuk pijat nih, kalo tengok dari atas adalah seekor binatang yang berbentuk bujur(oval) dan kalo dilihat dari tepi, adalah sejenis serangga yang amat flat sekali macam kredit kad.

Dan amat beruntung lah bagi kita, binatang bertuah bernama pijat ni, tak pernah dikurniakan sayap dan sesungguhnya ia TIDAK DAPAT TERBANG. Jadi, senang la bagi kome2 yang nak kejar dan tangkap pijat-pijat ni. Dan satu lagi, pijat ni sejenis serangga yang merangkak(crawling wikipedia tulis), jadi ia amatlah lambat. Korang bandingkan lah sama ada berlari or merangkak lebih laju.:)

Bila Dan Macam mana ia menyerang?

Sebenarnya, pijat ni suka menyerang pada waktu subuh or specificly, sejam sebelum subuh. Jadi, kalo korang nak sediakan perangkap tu, time ni la seswai. Tapi, kalau korang rasa korang pandai dengan berkata “takper la, kita berhati-hati jer la, jangan biar pijat makan darah kita, biar dia mati kelaparan”. Sebenarnya, waktu itu, anda bukan bijak, tetapi, amat jahil sekali. haha. Kerana sesungguhnya pijat boleh hidup 18 BULAN tanpa makan.

Pijat ni jugak amatlah tertarik dengan benda-benda panas (warm) dan karbon dioksida. Jadi, salah satu cara prevent dia adalah jangan bernafas ataupun tido dalam peti sejok.. fikir2kan..

Dan pijat ni, sewaktu dia menggigit manusia, ia akan mencucuk dua tiub yang ada lubang (macam injection la), satu tiub untuk inject saliva yang mengandungi anaesthetic dan anticoagulant (dah macam doktor bedah dah) dan satu lagi untuk minum darah korang lebih kurang macam straw la.

Kesan gigitan????

Binatang ni menggigit dengan tiada rasa sakit. Dan sesungguhnya ia menggigit dalam masa LIMA MINIT. Diulangi, LIMA MINIT. Dan inilah masa keemasan anda untuk membanteras gejaa gigitan serangga ini. Kesan gigitan macam kena gigit semut, kecik, bengkak, kaler putih dan takder spot merah pada kesan gigitan. Gigitan “Dracula kecik” nih akan meninggalkan kesan yang sungguh asyik sekali iaitu kegatalan yang melampau berpanjangan selama berjam-jam atau berhari-hari.. Insan bertuah yang terkena gigitan hendaklah cuba sedaya upaya mengelak daripada menggaru kawasan gigitan supaya tidak berlaku jangkitan lain (secondary infection). Beruntunglah, kerana, pijat ini tidak membawa penyakit berjangkit.. so, jgn risau sangat.. kena gigit jer pun… Tetapi, ia juga berpotensi menyebarkan Hepatitis B.. So, cepat-cepat la ambik injection anti Hepatitis B..

Di mana?

Pijat ni korang leh jumpa mana-mana jer, sama ada di hotel atau apartment kurang mewah. Sebab badannya yang leper, pijat ni senang la nak masok mana-mana kawasan yang ada ruang atau pun small ventricle. Menurut sumber aku, kat papan dan paip la paling tinggi kebarangkaliannya. Katil adalah lokasi utama.

Apa nak buat kalau jumpa pijat??

Apa nak buat? Takkan nak berjabat tangan dan berkenal-kenal kot? haha.. kalau terjumpa mana-mana pijat, tangkap dan simpan untuk barang specimen dan kajian.. yang kalau korang adalah saintis la.. Kalau tak pun korang hantar speciment tu kat Texas A&M Center for Urban and Structural Entomology ataupun University of Arkansas Department of Entomology yang mebuat kajian pasal binatang nih. Tapi, senang-senang bunuh jer kot. (insyaAllah aku nak tanya hukum bunuh binatang ni minggu ni).

Brapa banyak leh ada pijat ni??

Seekor pijat betina leh menghasilkan 5-500 telur.. so, dalam masa 6-10 hari, telur-telur ni dah boleh menetas. Jadi kira la guna jari berapa banyak binatang bernama pijat ni boleh ada di rumah kita???

Macam mana nak mencegah dan menghapuskannya??

1-Pukul guna kayu besbol dan seumpama dengannya.

2-Jemur bantal-bantal dan tilam anda lebih-lebih lagi di musim panas ini.

3-sembur racun serangga di tempat-tempat “jenyah” ataupun “sarang-sarang penjenayah” ini

4-Hubungi pembunuh-pembunuh serangga yang berhampiran..

Sampai sini jer kot, semoga dapat ilmu dan input yang berguna.. Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita. Itu yang dinamakan strategi. Kerana sesungguhnya orang yang mengetahui itu tidak sama dengan yang tidak mengetahui.. Susun strategi, halangi pijat-pijat ini.. wassalam…


Actions

Information

44 responses

27 04 2008
Jackster

salam alayk…

wah3, mnarik gile ko nye post…
ni 1st time aku smgt bace post yg pnjang2 haha
tahniah2 =D

27 04 2008
guildhunterz

haha…
smgt btol najib buat research psl pijat nieh..
bgs2..
ganbate..
aja aja fighting..

~BOLE~

27 04 2008
akhukum

Bersabarlah dengan solat dan doa..dan USAHA!! :)

1. Dicadangkan boleh cari Anti Histaminic (Tablets), jumpa Doctor/Pharmacist/Abang2 Clinical Years. Untuk kurangkan kesan ‘ciuman’ pijat.

2. Nak hilangkan parut boleh guna Lotion+Sental ngan Sponge Mandi yang kasar tu.

3. Pasal hukum bunuh pijat. Cuba la cari. Pastu post ye. Cuba fikirkan pasal kaitan hukum bunuh nyamuk-pacat-lintah-lipas-etc.

27 04 2008
abudi

moge coloni pepijat ni merahmati ko ang2 sbb jadikan diorg public figure huhu!

27 04 2008
hanyagerhana

makaseh la sebab komen..hehe..mohon moderator lain xmarah la aku tulis bab pijat nih..kalo ada idea lain,tambah2 la…

28 04 2008
anazmie89

pijat nie memang salah satu masaalah yg dihadapi oleh pelajar2 ketika musim panas menjelang .jadi membunuhnya xlah menjadi satu dosa bagi kita.kerana binatang tu termasuk dalam golongan binatang yg bawa mudarat bagi kita.tapi jagn seksa dia dahla.klu nak tahu lebih lanjut, tanyalah oarng2 alim disekeliling anda. waallahuallam..

28 04 2008
abudi

menarik..
tapi anazmie pe maksud menyekse tu?
klu pkai spray bhn kimia dikatekan menyekse x?
org jahil..

28 04 2008
encik tembikai

aku rasa yang dikatakan menyeksa itu adalah dengan merendam binatang bertuah ini ke dalam air sabun(macam org jepun buat)…or dengan pukul kaki binatang ni satu-satu dengan kayu besbol sampai mati..hehe…sajer jer..

28 04 2008
Jackster

@ mungkin dengan bagi electric shock as for death-sentenced prisoner =D
@ jugak mungkin dengan penjarakan pijat ni, x bg diorang balek jmpe family @ rampas diorang pnye tiket flite nk balek

haha sronok gak mrapu pagi2 ni.. sori ye kawan2, gurau je =)
again, aku suke post ni, mnarik.. hehe

28 04 2008
guildhunterz

camne nk pkul pijat pki kayu besbol??
sape ade video boleh r pass kt aku bole~
hahaha

28 04 2008
copuk

wa..menarik3..
“Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita”
btoi3..
pe kate..pasnih ko kenalkan aku ngan musuh laen yg bername ‘lipas’
bley najib??hehe..

28 04 2008
nash_gh

rumah soleh je kot ade lipas..hehe..

28 04 2008
Jackster

umah soleh alhamdulillah slamat dari lipas.. pijat pn xde ;p

28 04 2008
guildhunterz

haih..
arituh aku nmpk lipas r kt dapur ko bole..
jgn nk tipu.. :D

4 05 2008
warouq

slama aku belajar psl arthropod sekor ni,aku tak penah la plak jupe cimex jenis halimunan..tp aku pelik apsal kat umah aku ade cimex jenis bole wat gerakan sejurus..ade kesan tapi natangnye takde..tau2 je bgn pagi dh mcm polka dots dh kulit aku tp menatang pijatnye aku tak jumpe2..

4 05 2008
akulagi83

mungkin die menggunakan teleporter..
almaklumlah kan..zaman techno..
:)

30 07 2008
nei

saya betul2 nak tau cara nk hapuskan pepijat nih…
supaya leh hilangkan..kakak rumah saya abis bengkak2 badan sb kena gigit dgn pepijat nih…spray dgn reset pon xjd…plzzz…

4 08 2008
hanyagerhana

klu budak2 kat mesir gune air sabun basuh pinggan..cube la spray kat pijat tu..insyaAllah mati…selamat mencube

12 08 2008
ade ejal

waaaa…aku mmg sdg berdpn ngan masalh pijat nie/..tension btol aku masalhnyer dia dh mnyebabkan aku susah nk tido mlm…n tilam aku ,almari aku abiss adoiii..cam ner nk buat nie… ader x sapa2 tau jenama penyembur racun bagik pijat nie tolong ar aku wehhh…..

13 08 2008
silently

aiya.. cuba hampa search ‘bedbug’ kat wikipedia..

awat hang kata dia byk waktu senja? ‘dawn’ yg dmaksudkan kat situ BUKAN SENJA, tp FAJAR.. n waktu drakula ni aktif.. BUKANNYE 1jam sblm SENJA, tp sejam sblm SUNRISE aka SEJAM SBLM TERBIT MATAHARI

aiya.. hang da bagi ajaran sesat ni najib.. haha

15 08 2008
mac

aku tau 2 sbb nape pijat ni dkatakan halimunan a.k.a invisible

1. rasa gatal kna gigit tu datang 5minit lps ko kna gigit.. so lepas dia puas gigit tu, dia lari la.. 5minit pastu rasa gatal,tgok2 dia ilang da

2. pijat ni pandai gile maen nyorok2.. kalau selimut berlipat sket ke.. tkpun dia nyorok celah2 buku pharma ke etc

tp tk silap aku.. pijat ni byk dtg ms subuh kan? kira hikmah nye nk mudahkan ko bgun subuh p msjd la maknanye.. ye dak?

3 09 2008
wany

salam..
sgt2 menbantu posting anda ini..terima kasih..huhu
saya adalah mangsa gigitan pijat yg dasyat..dh dekat sebulan kn gigit..hidup bergantung ngan ubat gatal je nih.. :(
pasni nekad nk bakar tilam kt hostel….

5 09 2008
nei

wany,…
nei paham pe yang wany rasa skrg…tau x nei search internet pijat nih leh membiak 5-600ekor setiap masa..can u imagine that berkuasanya menatang 2..
ish3..tau xkitaorg satu rumah abis bengkak2 badan kena gigit dgn pijat 2.kitaorg dh pening pale pk mcm mn cara nya nk hapuskan pijat nih..bnd ni xabis kalu kita bakar tilam or toto yang kena dgn pijat2…once dia dh membiak memang susah nk hapuskan then kalu bnd 2 dh melekat kat baju memang lagi parah..skrg nih pe yang nei buat just spray dgn reset jek….
today….
nei dapat satu solution daripada internet ada org nih dia bg cara.ini cara-cara nih :- Untk hilangkan pijat, taburlah sedikit garam di setiap penjuru dan di sekeliling katil. Kalau yg tak gunakan katil, cuba tabur di dlm alas tilam (mattress cover).
hope u try la ye wany…saya pon akan cuba…

8 09 2008
najib

haha…sian nyer..kalo budak2 akhawat rasa susah sgt sampai nak bakar tilam ke,or sampai nak bakar rumah sebab pijat nih,ada satu lagi solution..ada satu krim or losyen yang kalo sapu kat badan leh buatkan pijat takut nak dekat..tanya la kat farmasi..lupa dah apa nama dia..huhu

8 09 2008
nizam

bagus tul u nyer artikel ni… umah aku punye byk pijat, sekarang dh kritikal sgt sampai dlm kereta pun ada.. ;-(
spray x jalan dah.. so aku nk cuba guna garam.. heheheee…

22 09 2008
ayie

sama2 la aku pon akn menentang abes2san menatang nie…

14 10 2008
hellme

rumah aku pun teruk gak pijat merata2 ada…
aku rasa dah kritikal gak….
setakaat nie cuba cuka n minyak gas….
tp x berjaya pun setakat nie… kurang skit 2 ada la…
tp dalam 2 -3 hari dia jadi balik..
lagi pun rumah aku susah sebab family…
so paham2 la perabot n macam2 byk..
susah nak hpus kan….
aku x cuba garam lagi tp next aku akan try.
kalu korang ada idea lagi pls la send kat sini sama2 la kira share k kawan2!!!

14 10 2008
hellme

aku dpt lagi 1 tip daripada kawan aku dia kata nie org kampung punya tips…
diaorg kata pakai kambing…
kambing yg busuk kalu boleh..
letak dalam rumah korang dalam seminggu macam 2…
pastu korang buang la…
sorry aku post dua kali dekat2…
aku baru ja dpt tahu benda nie…
heheheh!!!..

17 10 2008
nei

biar betik…!!!
nk letak kambing dalam umah?????
adui hai beb….
nei de dapat solution baru nih akak umah cakap tp xtau la betul idok….
guna daun durian belanda…tp kan daun nih memang payah nk jumpa nya…
so korang guna garam jadi x????dapat kurang kan x pijat2 nih????

17 10 2008
hellme

aduh beb daun durian belanda 2 x jalan aku dah try….
garam 2 kurangkan skit boleh la… 2 pun bukan kurang sgt…
dia kalu kita ada budak2 kecil kat rumah boleh la…
letak pastu tabur keliling…
setakat nie kurang la….
aku rasa kambing 2 boleh tp xtaw sapa yg ada modal kambing nak eksperimen…

24 11 2008
yen

dulu masa aku kene serang pijat aku serang balas guna ridset.. tiap2 mlm mesti kasi spray tilam sampai aku sendri x bleh nak bernapas. then mlm2 time tdo pasang lingkaran ubat nyamuk bawah katil. berkesan gak.. lama2 kurang

30 12 2008
ayang

aku dah kena..dah ar baru pindah..kite nak cat ar rumah..sekali nak bukak tikar getah..pijat ni blh lak lepak2 sekeluarga kat bawah tu..senang jer nak hilang kan…kapur barus tu dilenyekkan..kemudian di campurkan dengan minyak tanah…pastu siram kan kat tempat pijat tu melepak…memang berkesan ar…
so selamat mencuba ye…

16 01 2009
mangsa pijat

Salam…saya baru jerk bersalin…adik beradik suma berkampung kt umah time saya bersalin & dok kt wad,…balik2 umah dengan bersepah2 bantal ateh katil…penah tertengok ada menda merayap kt ateh katil…igt menatang apa…wat dunno la…silap besar lepaskan menatang tu….rupanye pijat..tu pon hubby yg bgtau..punya la jahil tak kenal pijat…

skang ni tgh riso takut baby kena geget….tdi ada jiran kasi tau…selain durian belanda leh cuba daun serai wangi….lom cuba lagi…dh mlm..sok la soh hubby carik…sesape nk cuba leh kasik testimoni k…

mlm nk letak garam dulu….sian hubby kena geget sbb dia kena tido bawah…. kalo dah kurang saya update sini..

22 01 2009
limi raub

pijat nie mmg susah nak nk apuskan.skali dia koin umh kita,mmg xleh wat ap..tensen woo nak tdo pn ssh…ttup jer lampu dia operasi la…klu sket xper ni dah satu batalion tp cara letak ubat gegat kt sarang dia pn boleh kurangkan populasi pijat tu walaupn tak 100%..try la

3 02 2009
thaqib

SAYA!! saksi kepada perlakuan pijat tersebut.

lokasi..kat blkg tapak tangan. Saiz pijat, kecik cam pasir. mula2. beliau merangkak dengan penuh sopan, tatih..tatih..tatih! seolah2 takde mende berlaku. Tanpa segan silu,beliau bersedia mengambil port dipertangahan jalannya, dan beliau terus setting susuk tubuhnya ke atas. bila dipandang dari tepi, kepala beliau dititik asalan. manakala, abdomen belakang menonjol kebelakang. posisi 45 darjah.

tak nampak pulak dua injection, tapi yang pasti, ketika berlakunya proses ‘pembekaman’ tersebut, tiada rasa sakit, ichy atau inflamasi. Tempoh masa kerjaya tersebut tak dapat dipastikan.

diperhatikan darah masuk sikit demi sikit. tak pasti berapa particle per saat. tapi, perubahan warna dan saiz pada bhgn belakang pijat menandakan beliau sedang rakus ‘menterjemahkan’ hakmilik darah2 tersebut.

kemudian, setelah saya rasakan sudah cukup bukti2 baki mensabitkan kesalahan beliau tersebut, saya terus membuat keputusan menjatuhkan hukuman mati dipenyek ibu jari. Mandatori!

Asas imbangan saya adalah, kerana beliau masih muda, jika dibiarkan hidup, mungkin beliau akan melakukan durjana yang lebih besar.

Wuargh!

4 02 2009
RAfiQ

sebenarnya saya pun mempunyai masalah dengan mangkuk seekor ni.. dah la tak hensem pastu ada hati nak merayap kat badan.. ape lagi, jumpa je terus kena tenyeh.. sini ada beberape tips agar pijat tak panggil geng dia berkampung sekiranya dia ditenyeh.. kita jangan tenyeh pijat tu… sbb bau aroma dia akan memanggil pijat and the geng berkampung buat kenduri doa selamat kat tmpt member dia di tenyeh tu… cuba korang beli BedLam Insecticide tu kat mane2 penjual racun. gerenti pijat and the geng akan berambus dari rumah kita. insyallah…

6 02 2009
nor

tension betul ngan pijat nier..sakit ati wehhhhhhhhhhh….nie kes jenayah betul la pijat nier..habis badan gatal2 dan bengkak2..tiap2 bulan kena asyik kena makan ubat penahan gatal jer,..yang heran semua kena kat tangan je,…kat lain tak kena..cubalah beri petua hilangkan pijat nier..nier kes pertama kali kena nier..toto yang baru beli pun kena pijat juga..semua siap bergaduh dalam umah nak atasi pijat..huhuhuuuhuhuhh……..

9 02 2009
anti pijat

salam, wei,taolongla,kami pun tak larat kene gigit..sian baby aku ni,berpuluh2 gigitan skali kena gigit

7 04 2009
ribena

aku plak terlibat ngan mahkluk pijat ni da nak msk setahun lbh..
da mcm2 cara da buat nak kasik sume pijat2 ni mampos tp still pijat ni bermaharajalela kat umah aku..aku cume lom bakar je umah ni klu aku bakar kang aku nak dok mane plak tol x..so terpakse laa aku n family bhadapan ngan pijat ni..sampai hampir kering la drh kiteorg kt umah ni….
wat mse skang ni aku basmi bende ni ngn ridset je..tu jek tmampu bt..
aku ade bace 1 mende ni name die co go ape tah..die leh bunuh laa menatang kecik ni..klu sape2 ade info,plez laa kasik tau k

28 04 2009
pijatbuster

Kelakar pun ada…Lucu pun ada baca komen-komen kat sini. Memang menarik.
Rumah aku dulu pun ada….beribu duit aku habis…sebab buang barang-barang seperti carpet, sofa, tilam aku dan etc. Sebab aku memang geli…melihat kesan-kesan hitam yang di tinggalkan. Itu jam aku kerja, tak sadar menatang da rumahtangga kat dalam rumah aku. Bila aku sadar aje…da too late…aku siap jadi pijatbuster…! Mana ceruk…malam gulita pun aku boleh tahu dan rasa yang dia ada. Kekadang rasa cam nak bakar aje seluruh isi rumah!

So mula-mula aku main lenyek aje..nampak seekor aku lenyek. Tetapi lelama bukannya hilang malah makin banyak! So start tu aku main spray…mana-mana celah corner aku nampak aku spray. Aku pastikan rumahku kena hawa panas matahari dari luar. Aku jemur bantal tilam aku. Mana brg yang boleh aku angkut keluar aku akan taruk kat luar, spray dengan shieldtox, pastu aku akan masak air panas mendidih dan curahkan ke atasnya! Inna lillah semua.

Dan lagi satu…nak tdo jangan lupa mandi dulu bersih-bersih..sebab menatang ni memang suka bau badan kita. Menatang ni memang xpert pura-pura….nampak sopan..jalan pelan-pelan..jika kita tgk..dia diam…tetapi jika kita diamkan..kita di kerjakan. Perghhh!

28 04 2009
pijatbuster

Kelakar pun ada…Lucu pun ada baca komen-komen kat sini. Memang menarik.
Rumah aku dulu pun ada….beribu duit aku habis…sebab buang barang-barang seperti carpet, sofa, tilam aku dan etc. Sebab aku memang geli…melihat kesan-kesan hitam yang di tinggalkan. Itu jam aku kerja, tak sadar menatang da rumahtangga kat dalam rumah aku. Bila aku sadar aje…da too late…aku siap jadi pijatbuster…! Mana ceruk…malam gulita pun aku boleh tahu dan rasa yang dia ada. Kekadang rasa cam nak bakar aje seluruh isi rumah!

So mula-mula aku main lenyek aje..nampak seekor aku lenyek. Tetapi lelama bukannya hilang malah makin banyak! So start tu aku main spray…mana-mana celah corner aku nampak aku spray. Aku pastikan rumahku kena hawa panas matahari dari luar. Aku jemur bantal tilam aku. Mana brg yang boleh aku angkut keluar aku akan taruk kat luar, spray dengan shieldtox, pastu aku akan masak air panas mendidih dan curahkan ke atasnya! Inna lillah semua.

Dan lagi satu…nak tdo jangan lupa mandi dulu bersih-bersih..sebab menatang ni memang suka bau badan kita. Menatang ni memang xpert pura-pura….nampak sopan..jalan pelan-pelan..jika kita tgk..dia diam…tetapi jika kita diamkan..kita di kerjakan. Perghhh!

3 05 2009
Mazlyn

Salam semua,

Kisah saya:

Saya jadi makanan pepijat semenjak beli tilam baru, seminggu lepas bersalin anak ketiga bulan, februari lepas.

Sebelum februari 2009, tak pernah tahu kewujudan pepijat. Tilam baru tu tidur memang sedap, tapi bila bangun, merah sini, gatal sana. Pernah nampak dua tiga ekor, 2 anak, 1 mak. Anak2 merayap atas katil, mak nya menyorok dalam selimut.

Terus lenyek sebab takut mengganggu baby. Hairan juga kenapa ada darah dalam perut dia lepas kena picit. Tapi masih tak tahu binatang tu pepijat. Ingatkan merah2 kena gigit nyamuk. Ingatkan kulit sensitif.

Bila suami mula kena gigit jugak, baru la cari dalam internet. Sah, serangga yang dibunuh sebelum nih, pepijat.

Terus saya umumkan perang terhadap pepijat!

Langkah pertama: Cuba dapatkan sebanyak mungkin info dalam internet. Walaupun tidak mudah, tapi ada cara nak membasmi pepijat ni.

Langkah kedua: Katil dan tilam bilik saya dan anak2 di bersihkan, buka semua cadar dan selimut, sarung bantal, basuh. Tilam dan bantal semua dijemur diluar sebab pepijat ni tak suka matahari. Dia tidur waktu siang, malam cari makan. Macam vampire.

Langkah ketiga: Kalau boleh guna sarung bantal dan selimut yang putih atau cerah, senang nak nampak kalau ada pepijat merayap2.

Langkah ke-empat: Guna spray racun serangga, spray satu bilik. Nampak macam2 serangga mati, tapi takde pulak nampak pepijat. Takpe. Usaha dulu.

Langkah kelima: Sebelum tidur, dan kalau terjaga tengah2 malam, spray insect repellant/pencegah gigitan serangga pada baju, kaki dan tangan.

Alhamdulillah, dalam 3 minggu takde kena gigit. Lepas tu ada satu gigitan, jadi ulang balik langkah 1-5, campur kali ni, Langkah keenam, cuba vacuum segala tempat yang ada dalam bilik. Sebab pepijat suka menyorok kat celah2 dan lubang2 kecil.

Langkah ketujuh, segala barang2 yang tidak diperlukan dikeluarkan dari dalam bilik, simpan dalam kereta atau buang buat sementara.

Langkah kelapan, perkakas yang perlu ada dalam bilik, dijemur di matahari panas dan divacuum.

Setakat ni, ok. Tunggu dan lihat. Kawan saya kata ada ubat pepijat boleh beli kat kedai. Nanti nak cari. Tapi setakat ni nak cuba garam dulu.

Masalah pepijat lagi senang nak basmi masa mula2 dikesan…gitu la info yang dapat dari internet. Sesiapa nak cuba spray penghalau gigitan serangga boleh email saya…

29 07 2009
sitihorizon

haiya..sy pon tension dgn mende ni….

ada sekali tu sampai demam kne serang..p jupe doktor dpt cuti 2mggu sbb doktor kata chicken pox. terpaksa balik umah sbb doktor xnk student lain brjgkit. Best ke balik? time tu xbest sbb exam is around the corner.. (T-T)

~teruk la doktor tu…xcheck betoi2..huhu

camne sy tau mende tu kesan gigitan pijat ni? walaupon dah lega demam, sy tetap kne gigit dgn mende ni..waaaaa..pengalaman 2thn yg tewuk!

~koloni pijat ni dah semakin byk.. =(

30 09 2009
sayangibu

salam alaik…. syukran awi2 la ye. sblum ni asyik dengar org cite je. skrang dah sampai jordan dan dah rasai sendiri. kira pengalaman gak la kena pijat ni. syukran la ye sudi kongsi maklumat tentang pijat. sekarang hambo dah kenal siapa pijat yang sebenarnya… huhuhuhuh

Leave a comment