Kajian Surah An-Naba

Posted: March 30, 2008 in Al-Quran

KAJIAN SURAH AN-NABA

(diolah dari Tafsir Hadaiq Ar-Ruh Wa Ar-Raihan)

Syeikh Al-‘Allamah Muhammad Ibn Abdullah

Al-Amin Al-Urami Al-‘Alawi Al-Harari As-Syafi’i

NAMA

An-Naba,’Amma,Tasa’ul

KATEGORI

Makkiyah (Sepakat Ulama’)

SUSUSAN

Turun selepas surah Al-Ma’arij (juz 29)

BIL AYAT

40 (Ada pendapat mengatakan 41)

PERKATAAN

173

BIL HURUF

970

FADHILAT

Diriwayatkan oleh Ubai Bin Ka’ab R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Sesiapa yang membaca Amma Yatasaalun..Allah akan memberinya minuman yang sejuk di Hari Kiamat]

Diriwayatkan oleh Abi Darda’ R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Pelajarilah surah Amma Yatasaalun(1) ‘Anin Nabail ‘Azim, Dan Pelajarilah Qaf Walquranil Majid (1), Wannajmi Iza Hawa (1), Wassamaizati Buruj (1) Dan Wassamai Wattariq (1)  Kerana sesungguhnya jika kamu mengetahui apa yang terkandung di dalamnya..maka kamu pasti tinggalkan segala urusan yang sedang kamu lakukan dan mempelajarinya..dan dekatkanlah dirimu kepada Allah dengannya, sesungguhnya dengan surah ini Allah mengampunkan segala dosa melainkan syirik kepada Allah]

Diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A bahawa beliau berkata: Wahai Rasulullah, telah cepat tumbuhnya ubanmu! Rasulullah S.A.W berkata [ Yang telah menyebabkan cepat tumbuhnya ubanku adalah Hud, Al-Waqi’ah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Izas Syamsu Kuwwirat]

SEBAB TURUN

Apabila diutuskan Rasulullah S.A.W dengan risalah Tuhan seluruh alam, untuk masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya, baginda terus-menerus mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan menyampaikan kepada mereka segala perintah Allah. Baginda juga membawa khabar tentang kebangkitan selepas mati dan menyampaikan kepada mereka Al-Quran.

Hal ini membuatkan manusia yang tidak beriman saling bertanya sesama mereka tentang hal ini. Di setiap perjumpaan di pusat-pusat pertemuan mereka, isu Rasulullah S.A.W pasti dibincang dan dipersoalkan. Tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  yang datangnya daripada Allah.

Mereka terus bertanya-tanya sesama mereka dan orang lain, apalah yang dibawa Muhammad ini, adakah dia seorang ahli sihir, penyair, ataupun tukang tilik? Maka turunlah surah ini.

 

About these ads
Comments
  1. Hamba Allah says:

    [ Yang telah menyebabkan cepat tumbuhnya ubanku adalah Hud, Al-Waqi’ah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Izas Syamsu Kuwwirat]

    x faham yg ni, boleh siape2 terangkan ke? Tq.

    best~ tafsir yg ringkas n padat~

  2. hanyagerhana says:

    dari ape yg dismpaikan drpd sorg akh
    jike dilihat sume surah yg disebut berkaitan dengan hari kiamat
    jadi disebabkan tu la
    rasulullah sebut surah ni ‘Yang telah menyebabkan cepat tumbuhnya ubanku’
    menunjukkn rasulullah amat memikirkan ttg hari kiamat
    dan bagi ingin memastikan sume umat die masuk syurga
    sehingga bayi yg terakhir dilahirkan sblom hr kiamat tu
    baginda rancang strategi dakwah agar sume umat ye masuk islam
    dan tugas kite la skang ni bg memastikan harapan rasulullah itu tercapai
    pe lai, jom sempurnakan hasrat kekasih Allah ni!

    sekadar berkongsi pengetahuan
    from inside

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s