Makan Bola,Minum Bola,Sympathize with Gaza..

30 03 2008

BOLA SEPAK. Sukan paling terkenal di dunia, tidak kira dari jumlah penonton atau jumlah stadium mahupun jumlah pemain, semuanya tidak dapat dikira dengan jari dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Tapi, pemain-pemain di bawah ini adalah nama-nama yang seharusnya kita tahu untuk mencukupkan syarat seorang peminat sukan bola sepak MUSLIM tidak kira di padang tanah merah mahupun stadium Old Trafford. Siapa mereka?? Apa kata mereka? Saksikan…

Muslim Footballer First Elevan

Keeper

Hadari. (Al-Ahly/Egypt) – 2 times best goal keeper of africa

Defender

Lilian Thuram (Barcelona/France)

Kolo Habib Toure (Arsenal/Ivory coast) – “bring prayer mat to training ground..” reporter.

Bakary Sagna (Arsenal)

Eric Albidal (Bacelona/France) - He has been photographed many times carrying a copy of the Noble Qur’an at his training kits.” reporter.

Midfielder

Yaya Toure (Barcelona/Ivory coast) - “After moving from France’s Monaco for 10 million euros, talented midfielder Toure made it clear that practicing Islam, including fasting, does not affect his successful soccer career. He was named by Eurosport in 2005 as one of the most promising young players in the world.

Frank Bilal Ribery (Bayern Munich/France )- “Fasting and get the best bundesliga player of the month..” Ribery said..

“Seeing Ribery while raising his hands and supplicating to God as any typical Muslims do makes me feel proud,” Ribery said..

“Islam is my source of strength either in or outside the playground,” he said. “I lead a difficult career and I was determined to find peace of mind, and I finally found Islam.” Ribery said.

Zinadine Yazid Zidane (Real Madrid/France) – 3 times best player of the world..

Mohamad Abou Terika (Al-Ahly/Egypt) -”sympathize with gaza..”

Striker

Frank Kanoute (Seville/Mali)

“Save a mosque in sevilla”

“Siapa yang tidak mengetahui ajaran Islam, tidak akan tahu bahwa puasa memberi kekuatan, dan bukan kelemahan. ” kata kanoute.

Nicolas Anelka aka Abd Salam Bilal (Chelsea/France)

“Allah menyukai Mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah”hadis…

D`luffy…





teman, aku ingin…

30 03 2008

Untukmu Teman

Teman tersayang…

aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq

persahabatan dijalin kerana al-Khaliq

harta dikorban bukan sedikit

cintakan kebenaran sanggup bersakit

Serta tawakal Ibrahim mulia

ketika meninggalkan insan tercinta

di bumi tandus tanpa bicara

meyakini Allah sebagai penjaga

Aku impikan antara kita seorang Umar

berdiri tatkala tunduknya manusia

bersuara tatkala diamnya meraka

menggerunkan musuh durjana

Serta senyuman Syed al-Qutb

ketika berhadapan dengan tali maut

akidah mantap tidak terrenggut

roh dakwahnya tidak surut

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair

menahan panahan hajjah dengan rela

bersama si ibu tua

lantas syahid rohnya ke syurga

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna

fikrahnya jernih menggegar dunia

merelakan tubuhnya dimamah peluru

demi menegakkan kalam Allah dan Rasul

Aku cintakan pemuda Giffari

menentang kezaliman walaupun diancam

mogakan lahir lagi di abad ini

jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf

tetap mencintai saudaranya

walaupun dihumban ke perigi tua

terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku ingin pusara kita harum mewangi

bagai harumnya pusara Masyitah

semerbak kasturi

Aku ingin persahabatan indah ini

bisa menjadi syafaat

di Mahkamah Mahsyar nanti…

1_929063929l.jpg

from inside





Peperangan Dalam Islam

30 03 2008

Peperangan Rasulallah S.A.W

10 March 2008

10:22

Apa yang kita tahu tentang peperangan dalam sejarah Islam? Tahukah anda? Serba sedikit, saya konklusikan seperti di bawah..

Read the rest of this entry »





Team Roles

30 03 2008

Meredith Belbin(1993) seorang graduan Universiti Cambridge. Sekarang sebagai profesor di Henley Management College di UK. Berikut hasil kajian beliau tentang ‘Team Roles’.

Coordinator
This person will have a clear view of the team objectives and will be skilled at inviting the contribution of team members in achieving these, rather than just pushing his or her own view. The coordinator (or chairperson) is self disciplined and applies this discipline to the team. They are confident and mature, and will summarize the view of the group and will be prepared to take a decision on the basis of this.
Read the rest of this entry »




Kajian Surah An-Naba

30 03 2008

KAJIAN SURAH AN-NABA

(diolah dari Tafsir Hadaiq Ar-Ruh Wa Ar-Raihan)

Syeikh Al-‘Allamah Muhammad Ibn Abdullah

Al-Amin Al-Urami Al-‘Alawi Al-Harari As-Syafi’i

NAMA

An-Naba,’Amma,Tasa’ul

KATEGORI

Makkiyah (Sepakat Ulama’)

SUSUSAN

Turun selepas surah Al-Ma’arij (juz 29)

BIL AYAT

40 (Ada pendapat mengatakan 41)

PERKATAAN

173

BIL HURUF

970

FADHILAT

Diriwayatkan oleh Ubai Bin Ka’ab R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Sesiapa yang membaca Amma Yatasaalun..Allah akan memberinya minuman yang sejuk di Hari Kiamat]

Diriwayatkan oleh Abi Darda’ R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Pelajarilah surah Amma Yatasaalun(1) ‘Anin Nabail ‘Azim, Dan Pelajarilah Qaf Walquranil Majid (1), Wannajmi Iza Hawa (1), Wassamaizati Buruj (1) Dan Wassamai Wattariq (1)  Kerana sesungguhnya jika kamu mengetahui apa yang terkandung di dalamnya..maka kamu pasti tinggalkan segala urusan yang sedang kamu lakukan dan mempelajarinya..dan dekatkanlah dirimu kepada Allah dengannya, sesungguhnya dengan surah ini Allah mengampunkan segala dosa melainkan syirik kepada Allah]

Diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A bahawa beliau berkata: Wahai Rasulullah, telah cepat tumbuhnya ubanmu! Rasulullah S.A.W berkata [ Yang telah menyebabkan cepat tumbuhnya ubanku adalah Hud, Al-Waqi’ah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Izas Syamsu Kuwwirat]

SEBAB TURUN

Apabila diutuskan Rasulullah S.A.W dengan risalah Tuhan seluruh alam, untuk masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya, baginda terus-menerus mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan menyampaikan kepada mereka segala perintah Allah. Baginda juga membawa khabar tentang kebangkitan selepas mati dan menyampaikan kepada mereka Al-Quran.

Hal ini membuatkan manusia yang tidak beriman saling bertanya sesama mereka tentang hal ini. Di setiap perjumpaan di pusat-pusat pertemuan mereka, isu Rasulullah S.A.W pasti dibincang dan dipersoalkan. Tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  yang datangnya daripada Allah.

Mereka terus bertanya-tanya sesama mereka dan orang lain, apalah yang dibawa Muhammad ini, adakah dia seorang ahli sihir, penyair, ataupun tukang tilik? Maka turunlah surah ini.