Niat: Besar menjadi kecil;Kecil menjadi besar.

17 03 2008

Aku duduk dan berfikir. Cita-cita esok dan pencapaian semalam. Adakah nampak kesinambungannya? Syurga yang diimpi esok dan maksiat yang berbaki semalam. Seakan-akan mustahil bersambung dua titik ini melainkan disambung kedua-duanya dengan; TAUBAT HARI INI

Inilah permulaannya..

Niat TAUBAT yang ikhlas. Sebelum berakhir tempoh kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah..terimalah amalan kami yang kecil ini. Bersihkanlah niat kami hanya kerana mengharapkan redhaMu..moga amal ini bercahaya dan besar di sisiMU..

Moga ini jadi bukti ketika kami berdiri di hadapanMU..kami mencintaiMU..